Thursday, November 3, 2011

Umat Akhir Zaman..


Saat ini..tika ini..kita telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi umat akhir zaman. Umat Nabi utusan terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Zaman ini adalah zaman yang penuh pancaroba. Zaman ini adalah zaman fitnah.

Umat akhir zaman..
Semakin hari semakin larut..
Larut dengan kehidupan dunia..
Jauh dari Pencipta diri
Leka dengan keindahan fana
Terpesona dengan kecantikan palsu
Lupa hakikat tujuan dihidupkan
Hidup hanya untuk suka-suka
Tidak menyedari bahawa ada amanah yang perlu dipikul
Semakin cintakan dunia
Dan lupakan mati

Apabila dunia diletakkan dihati
Ketamakan akan mula menguasai diri
Zuhud entah hilang ke mana
Segalanya demi mengejar keuntungan duniawi
Lupa akan akhirat yang pasti

Iman dihati mula susut dari hari ke hari
Sensiviti diri mula pudar dalam diri
Saudara seiman tidak dipeduli
Apa yang penting diri sentiasa happy

Maksiat mula bermaharajalela
Segalanya dianggap perkara biasa
Agama dipisahkan dari kehidupan
Hiburan pula diagung-agungkan

Namun…
Tidak semua begitu
Masih ada sekelumit manusia
Yang masih punya kesedaran dalam diri
Agama kukuh tersemat dalam diri
Iman sentiasa diperbaharui
Allah menjadi tujuan hati
Bukan dunia yang dikejari
Tapi akhirat yang pasti
Biar penuh onak dan duri
Pegangan diri tetap terpatri
Kerna..
Yakin dengan janji-janji Ilahi
Yang benar dan pasti..

*pesanan dari Nabi…

Jadilah orang asing atau penyeberang jalan..

Dari Ibnu Umar ra. Berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, " Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan."

Ibnu Umar ra. Berkata, " Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, gunakalah kesempatan saat enkau sihat,untuk menghadapi masa sakitmu dan gunakalah saat hiduplah untuk selepas kematianmu." ( HR Bukhari)


No comments:

Post a Comment