Tuesday, July 24, 2012

Duhai Ramadan



Duhai ramadan
Hadirmu membawa seribu rahmat
Hadirmu membawa kebahagiaan buat diriku
Hadirmu menyinari hatiku yang gersang ini

Duhai Ramadan
Jika diizinkan, ingin aku selamanya bersamamu
Setiap detik bersamamu sangat bermakna dalam hidupku
Aku semakin tenang dengan kehadiranmu

Duhai Ramadan
Engkau adalah utusan Ilahi
Buat hamba-hamba-Nya
Engkau adalah hadiah berharga buat kami

Duhai Ramadan
Engkau  adalah tetamu agung kami
Hadir mu sentiasa dinanti
Oleh hati orang-orang mukmin
Yang mendamba cinta Ilahi

Namun begitu,
Tidak ramai yang menghargai kehadiranmu
Tidak ramai yang menyambut kedatanganmu
Tidak ramai yang benar-benar bersyukur dengan kehadiranmu
Tidak ramai yang menyedari kebaikan dalam dirimu
Tidak ramai yang merasai rahmat kehadiranmu
Tidak ramai yang sedih dengan pemergianmu

Mungkin kerana keindahan dunia yang palsu telah memukau mata
Mungkin kerana mereka tidak menyedari hakikat di sebalik penciptaan diri
Mungkin kerana mereka masih tidak terjaga dari lena yang panjang
Mungkin mereka masih enak di buai mimpi-mimpi indah

Duhai ramadan
Apakah ini kali terakhir aku bersamamu?
Apakah aku berpeluang bertemu mu lagi pada masa akan datang?
Sesungguhnya aku tidak tahu tentang itu
Hanya Dia yang mengetahui
Namun jauh di sudut hati ini
Ingin sekali aku bertemu Dia pada saat kehadiranmu ini
Kerana dengan kehadiranmu
Dibukakan pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka
Sesungguhnya..
Cita-cita tertinggi ku adalah dapat bertemu Dia dalam keadaan yang diredhai
Dan membawa sekeping hati yang sejahtera
Hanya itu cita tertinggiku
Ya Allah..
Perkenankanlah permintaan hambamu ini..

Saturday, July 14, 2012

Terasa Semakin Dekat Saat Itu....


Hidup ini hanyalah sebuah perjalanan menuju Ilahi
Bukan hanya untuk melakukan sesuka hati
Bila tiba saatnya, kita akan disoal kembali
Apa yang telah dilakukan tika di bumi

Hari-hari ku kini
Sentiasa dibayangi saat itu..
Bagaimanakah keadaanku?
Adakah dimurkai atau dirahmati?
Hanya Dia yang mengetahui
Apa yang mampu ku lakukan saat ini adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu

Ku lihat..banyak manusia yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan tuntutan-tuntutan dunia yang sememangnya tidak akan pernah berhenti
Yang tiada berpenghujung
Mereka terlalu risau tentang urusan dunia mereka sehingga terkadang mengabaikan tuntutan Ilahi
Aku juga begitu kadang-kadang kerana aku hanya manusia yang selalu leka dan alpa apabila tidak diberi peringatan..maafkan ku ya Rabbi..

Namun..
Sejauh manakah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk kehidupan yang hakiki..
Kita lebih mengejar duniawi  yang bersifat sementara ini
Berbanding kehidupan kita di akhirat sana..
Kadang-kadang kita terlupa yang Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila sahaja
Tiada tarikh atau masa yang ditetapkan buat kita
Tapi, kita lupa untuk membuat persediaan untuk menghadapi saat itu..
Mungkin kita merasakan bahawa saat itu masih jauh dari kita
Mungkin kerana kita diberi nikmat kesihatan yang baik yang menyebabkan kita merasa bahawa hidup kita di dunia masih panjang dan kita masih ada waktu untuk membuat persiapan menghadapi saat itu..

Namun, bagi mereka yang diuji dengan masalah kesihatan, yang boleh membawa kematian, bagi ku ia adalah sesuatu yang baik. Hal ini kerana, mereka akan fokuskan kehidupan mereka untuk kehidupan di sana. Saat itu akan sentiasa terbayang di fikiran. Dan ia akan memberi dorongan untuk terus istiqamah di dalam membuat persiapan menghadapi saat itu.

Terasa saat itu semakin mendekat
Moga aku tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beriman..
Amin..

Sunday, July 8, 2012

Hadiah Istimewa Dari Dia


Ya Allah..
Jiwa ini hampa tika aku jauh dari-Mu
Hidup terasa kosong
Tiada makna..
Hidup hanya untuk menunaikan tanggungjawab harian yang perlu dilakukan
Aku rasa jauh..
Tiada lagi kemanisan dalam hidup ini..

Tiba-tiba
Engkau menghujani ku dengan pelbagai ujian
Yang tanpa kujangka ia terjadi pada diriku
Satu per satu
Hingga diri terasa sangat lemah dan tidak berdaya lagi
Saat itu..
Aku jadi dekat dengan-Mu
Setiap solatku ditemani air mata
Hanya Engkau yang menjadi pohon kekuatanku
Tiada manusia yang dapat merasai dan memahami hati ini
Kecuali Engkau Ya Allah
Aku tahu
Aku tidak bersendirian walau aku tercampak keseorangan dalam lautan ujian yang dalam
Kerana ku tahu
Engkau sentiasa bersama hamba-hamba-Mu
Malah sangat dekat
Lebih dekat dari urat leherku

Setiap yang berlaku pasti tersirat hikmah
Walau pada dasar mata kasar ku
Ia sesuatu yang amat sukar untukku terima
Aku yakin
perancanganNya adalah yang terbaik
Dia beri aku kepahitan dan kesakitan di awal perjalanan kehidupanku
Mungkin kerana Dia nak beri sesuatu yang istimewa buatku
Dia bagi kejutan buat diriku
Bila tiba saatnya nanti
Yang penting sekarang adalah SABAR dengan setiap ujian yang Dia bagi,
Ujian tu kan tanda pukulan sayang Dia pada kita
Dia tak nak kita jauh dari Dia
Dia nak kita selalu merintih dan berdoa padaNya
Manusia bila senang memang selalu lupa pada Allah
Bila susah baru nak cari Allah..
Sebab tu Allah akan hadiahkan ujian buat hamba-hamba yang Dia sayang
Supaya hamba-hambaNya tidak terlalu jauh di persimpangan hidup
Terima kasih Allah atas hadiah yang Kau beri padaku
Maafkanku kerana aku pernah tidak suka dengan hadiah yang Kau beri ini
Maafkanku Ya Allah..
Sesungguhnya Aku hamba-Mu yang lemah
Mudah melatah tika ditimpa ujian yang berat
Sekarang aku dapat hikmah di sebalik ujian ini
Aku dapat merasai kembali kemanisan cinta-Mu
Hidupku kini kembali bahagia
Apabila aku semakin dekat pada-Mu
Dan aku sering merindui-Mu..
Perasaan yang pernah hilang suatu ketika dahulu muncul kembali
Alhamdulillah..
Inilah hadiah yang sangat bernilai pada-Ku
Walau di alam nyata aku kehilangan..aku keseorangan..aku ditinggalkan..
Namun, hakikatnya jiwa dipenuhi cinta-Mu
Aku ingin selalu mencintai-Mu ya Rabbi..