Saturday, March 28, 2015

PANTAS MASA BERLALU

Subhanallah..mashaAllah..pejam celik pejam celik..hampir setahun aku tidak menulis..sesuatu yang selalu aku dilakukan suatu ketika dahulu dizaman kesibukan aku menuntut ilmu,,pelbagai kisah berlaku sepanjang setahun yang lepas..setelah tamat belajar,,aku tidak betah untuk tinggal dirumah tanpa melakukan sepanjang pekerjaan..aku mula mencari pekerjaan yang boleh membantu aku untuk mencari sesuap nafkah..kebetulan kakakku berniaga di UITM Seri Iskandar..dia menawarkan aku untuk bekerja dengan dia..namun aku hanya bekerja disitu hanya untuk beberapa hari dek kerna ibuku yang tidak mengizinkan untuk aku terus bekerja di situ kerna aku harus bekerja pada malam hari..memang itu menjadi pantang larang ibuku jika anak-anaknya bekerja pada malam hari kerna baginya kita sebagai orang muslim harus memperbanyakkan ibadah serta amalan pada waktu itu..memang ada benarnya kata ibuku kerna pada waktu siang kita sudah banyak menghabiskan masa untuk mencari dunia..bila pula masanya untuk kita mencari akhirat kerna jika bekerja pada waktu malam kita akan kepenatan..tiada masa untuk mengabdikan diri pada-Nya..ok..banyak pulak berceloteh bila lama dah tak menulis ni..heee..

Tak lama kemudian,,aku hanya bermaustatin dirumah..mula-mula memang best..makan..tido..buat keje sikit..baca buku sikit,,tergolek2..pastu faham-faham je la kan..hehe..tapi lama-lama..aku rasa stress bila tidak melakukan apa-apa..tak lama kemudian, aku mulakan lagi langkah kakiku untuk memanfaatkan empat kerat tulangku yang x berapa nak kuat ni..aku dikhabarkan ade satu kedai jahit ni memerlukan pembantu untuk menjaga kedainya..gaji yang ditawarkan memang la tidak berbaloi langsung,,,hampir seharian bekerja tapi upahnye hanya RM13 ringgit..bagiku x pela..sekurang-kurangnya aku bekerja daripada hanya menganggur dirumah sahaja..ikutkan memang tidak berbaloi langsung bagi pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak keluaran UPSI untuk bekerja seperti itu..tetapi bagiku ia bernilai kerna aku dapat pengalaman yang berharga..hampir sebulan aku bekerja,,namun ia ditentang lagi oleh ibuku kerana gaji yang diberikan sangat sedikit..tidak dapat untuk aku membantunya..

ok lah..ade hal ni..nnt sambung lagi ye..

Thursday, April 10, 2014

CIRI-CIRI GURU MENURUT ISLAM DALAM MENDIDIK GENERASI MASA HADAPAN

Ciri-ciri guru muslim sebenar boleh kita rujuk apa yamg disebut oleh Imam Al-Ghazali dalal kitabnya Ihya Ulumuddin di antara lain adalah :
1. Guru mestilah bersifat penyayang terhadap anak muridnya. Melihat anak muridnya sebagai anak sendiri dalam konteks memberi pelajaran dan mengasuh.

2. Menjadikan Rasulullah sebagai gudwah. Guru hendaklah menjadikan Rasulullah sebagai ikutannya.

3. Guru sentiasa menyekat murid-muridnya supaya tidak memberi tumpuan kepada sesuatu yang belum sampai masanya untuk diberi. begitu juga yang paling rumit dalam industri pengajaran dan pentarbiahan ialah bagaimana hendak menyekat pelajar-pelajar daripada berkelakuan negatif dengan cara hikmah supaya tidak berlaku tindak balas yang negatif kepada pelajar.

4. Tidak merendah-rendahkan ilmu-ilmu tertentu dalam pengajaran, yakni yang baik itu faedahnya dalam kehidupan manusia, ilmu yang menunjuk jalan selamat ke akhirat

5. Guru hendaklah mengikut tahap yang sesuai dengan umur dan akal pelajar dengan ilmu yang diajar

6. Guru hendaklah beramal dengan ilmu. Hendaklah elakkan apa yang dikatakan sebagai " double standard" , lain yang dikatakan, lain yang dibuat.

Saturday, March 15, 2014

Belajar Hidup Tenang Daripada Binatang

TIDAK ADA YANG PERLU DISUSAHKAN KERANA SEGALANYA SUDAH DITETAPKAN SECARA MUKTAMAD

Kebahagiaan tidak selamanya kekal. Kesedihan tidak akan mengembalikan sesuatu yang telah lenyap.

Dale Carneige mengesyorkan sebagai pengganti iman kepada qadha dan gadar meminta orang yang terluka bersikap tidak peduli terhadap sengatan matahari, seperti halnya kerbau dan ranting pohon. Dia tidak mahu melakukannya, kerana dia merasa bahawa itu bukan ubat yang biasa digunakan untuk mengubati luka sepertinya.

Dale Carnegie berkata: " Adakalanya aku enggan menerima sesuatu yang menimpaku walaupun ia tidak mungkin dielakkan lagi, kerana kebodohanku sendiri. Sebaliknya, aku protes, melawan dan marah, menyebabkan malam-malamku berubah seperti neraka kerana aku tidak boleh tidur. Sesudah setahun mengalami penyeksaan jiwa, aku mula akur dengan kepastian yang sejak awal aku tahu ia memang tidak boleh diubah.

Selama dua belas tahun aku habiskan umurku bersama haiwan ternak. Aku tidak melihat seekor lembu betina yang kesusahan atau bersedih kerana padang rumput terbakar atau kering kerana kemarau panjang. Aku juga tidak pernah melihat ada lembu betins yang sedih ditinggalkan oleh lembu jantannya yang merayu lembu betina yang lain. Sesungguhnya haiwan menghadapi kegelapan, badai, dan rasa lapar dengan tenang dan rileks. Justeru itulah ia jarang mengalami tekanan jiwa dan gangguan penghadaman.

Lebih baik mengenang kejayaan dan kegembiraan daripada mengingat kesusahan dan malapetaka.

" Cukuplah Allah sebagai pelindung"

Hasbunallahuwanikmawakil


Monday, August 19, 2013

Mesir Oh Mesir




Kebangkitan Islam punca Dr. Mursi digulingkan..

" Al-Qur'an adalah undang-undang kita,
Dan Rasul adalah pemimpin kami,
Dan Jihad adalah jalan kami,
Dan Mati Fi Sabilillah adalah cita-cita mulia kami,
Dan diatas semua itu,
ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI
Tidak ada kebaikan  pada umat ini, keberkahan dan tidak ada kebangkitan kecuali dengan 
SYARI'AT ISLAM.."


BANGKITLAH WAHAI  UMAT ISLAM


Ada yang tertanya-tanya mengapa begitu hebat ujian yang menimpa para pejuang Islam di Mesir, adakah silapnya pada mereka? Adakah ini balasan kerana kepincangan mereka sendiri?

Shame on you. Kau tanya kenapa pejuang Islam di mesir begitu berat ujiannya?

Sebab mereka sudah selesai dengan tilawahnya.
Selesai dengan tadabburnya.
Selesai ibadah fardhi hariannya.
Selesai qiyamnya, maaliyahnya, kekuatan fizikalnya, ukhuwwahnya.

Jadi sangat bertepatan dan wajarlah, ujiannya bukan lagi wanita, harta atau kekeringan ruhiyah dan ukhuwah. Jauh sekali ujian anjing, babi dan pertandingan ratu cantik.

-Akh Al Ameen Hatta-


Sama-sama kita doakan mereka..




Syuhada Revolusi Mesir



Para pimpinan Ikhwan berada di dalam tahanan, manakala orang-orang kesayangan mereka berada di senarai teratas dalam senarai syuhada revolusi Mesir.

Dari kanan : 
- Asy Syahid Ammar Muhammad Badie 
(anak Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Muhammad Badie), 

- Asy Syahidah Asmaa' Muhammad Baltaji 
(anak pemimpin atasan Ikhwan Muslimin Muhammad Baltaji) 

- Asy Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz
(anak penasihat Presiden Muhammad Mursi) 

- Asy Syahid Khalid Firnas Al-Banna 
(cucu pengasas Ikhwan Muslimin Hassan Al-Banna)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". [At Taubah : 111]

Sumber : حزب الحرية و العدالة بالإسكندرية





Thursday, May 16, 2013

Your Mercy

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun..Maha Menerima Taubat..Bertaubatlah sebelum terlambat..kerna kita tidak mengetahui penghujung hidup kita..jangan bila kita dah kembali, baru mahu sesali hidup ini..hidup ini hanya sementara..jangan biarkan diri kita hanyut dalam dunia yang fana ini..

Mari sama-sama kita menghayati lirik lagu ini..

Monday, March 18, 2013

Tetaplah Berjuang

Bismillahirrahmanirrahim...
lama sudah tidakku mencoret sesuatu di laman sesawangku ini yang mungkin sudah dipenuhi sarang labah-labah dek kerna lamanya tidak aku menukilkan kalam nuansa hatiku di sini..huhu..
Semester akhirku di bumi tarbiyah ini memang sangat menduga iman ku..
SIBUK...
Terasa terlalu banyak tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelumku menamatkan pengajian disini..kadang-kadang rasa tak percaya pun ada..dah nak habis rupanya pengajianku di UPSI setelah hampir empat tahun berjuang menuntut ilmu di sini..
itulah hakikat yang perlu ku terima..
walau kadang sukar untukku percaya..huhu

Walau sesibuk mana pun kita..hubungan dengan Allah perlu dipelihara..agar Allah juga akan memelihara kita..tanggungjawab terhadap dakwah dan tarbiyah tetap perlu dilaksanakan walau kadang terasa masa berlalu begitu pantas untuk mengurus waktu sebagai seorang muslim yang belajar dan sebagai seorang daie yang berjuang di jalan Allah..kerna ku pegang dengan janji Allah..

" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, Nescaya Dia akan menolongmuu dan meneguhkan kedudukanmu" ( 47:7)

~Jagalah Allah..nescaya Allah akan menjagamu...~

Yakinlah..
Pertolongan Allah itu sangat hampir..walau sesukar dan sehebat mana pun ujian yang dihadapi,tetaplah melangkah ke hadapan..kerna Allah kan ada..

panda comel yang sentiasa bersemangat..:)


Wednesday, January 9, 2013

Syukurilah Nikmat M.A.T.A

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim
Saya mulakan coretan ini dengan kalimah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Terima kasih Allah kerna masih mengizinkanku untuk menulis kembali setelah sekian lama tidak mencoret sesuatu di blog ku ini
Jika tidak dengan izin-Nya mana mungkin aku bisa melakukannya
Kerna aku menulis dengan anugerah dan pemberian-Nya
mata..tangan..akal..hati..dan banyak lagi yang sama sekali tidak mampu untukku menyebutnya satu-persatu lantaran terlalu banyak nikmat-Nya

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Syukurilah dengan setiap anugerah dan kurniaan Ilahi sebelum nikmat itu ditarik kembali..
manusia jarang menghargai apa yang ada pada mereka..hanya setelah nikmat itu ditarik barulah ia merasa betapa berharga dan bernilainya nikmat itu..

Contoh yang inginku berikan adalah dari kisah benar diri ini..

Pernahkah kita merasa betapa berharganya sepasang mata yang diberikan Allah kepada kita?

Tahu tak..tanpa penghilatan yang baik..kita akan menghadapi pelbagai kesukaran dalam menjalani kehidupan  ini..

Saya telah merasai secebis dari  kesukaran itu..kerna saya telah mengalami sedikit masalah penglihatan yang dinamakan Accommodative Insufficiency dimana mata saya tidak dapat untuk memfokus dengan baik dan penlihatan akan menjadi kabur apabila melihat sesuatu secara dekat..jadi, agak sukar untuk saya membaca buku..saya terpaksa menekan sedikit mata saya untuk melihat dengan lebih jelas. Apabila mata saya kerap ditekan dan dipaksa untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas, kesannya saya akan mengalami sakit kepala..kadang-kadang rasa sakit itu berpanjangan sehingga saya terpaksa mengambil ubat penahan sakit untuk mengurangkan sedikit rasa sakit itu..namun begitu, saya tahu ini merupakan ujian dari Allah yang pasti tersembunyi hikmah disebaliknya..ada sesuatu yang Dia rancangkan untuk saya..yang baik untuk saya..saya pasti itu..saya berharap sangat saya dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang walau  diuji dengan masalah penglihatan ini. Saya tidak mahu menjadikan masalah ini sebagai alasan untuk saya berputus asa dari menggapai kecemrlangan kerna saya mempunyai cita-cita yang besar iaitu saya mahu menjadi Pakar Kanak-Kanak suatu hari nanti..Doakanku..

Syukurilah nikmat mata yang diberikan

Oh Mata
Hadirmu begitu berharga bagi seorang insan
Tanpamu gelaplah kehidupan seorang manusia itu
Tidak mampu lagi untuk membaca
Kerna hanya dengan membaca seseorang itu memperoleh ilmu
Ketahuilah bahawa ilmu itu penyuluh kehidupan
Menyuluh cahaya dari kegelapan
Cerahlah masa hadapan bagi seorang manusia
Apabila ilmu menghiasi diri 
Pesan Allah di dalam surat cinta-Nya
BACALAH
Dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan
(QS 96:1)
Lihatlah..
Begitu pentingnya mata dalam kehidupan seorang manusia
Oleh itu..
Hargailah pemberian Ilahi ini
Yang terkadang, jarang disyukuri..
Namun bila nikmat itu ditarik
Barulah ia terasa berharganya sepasang MATA itu..