Monday, October 24, 2011

Memperbahrui Makna Dosa..


Dosa..perkara yang seringkali ditafsirkan sebagai melakukan larangan-Nya dan meninggalkan suruhan-Nya. Jua menganggap balasan melakukan dosa adalah siksaan-Nya di akhirat sana. Cukup setakat itu. Pemahahan yang menyebabkan manusia meremehkan perbuatan dosa terutama bagi mereka yang imannya ditahap yang kritikal. Keyakinan yang terhadap akhirat yang lemah menyebabkan manusia hidup atas kehendak nafsu sahaja. Segala perbuatannya hanyalah atas dasar keduniaan sahaja tanpa memikirkan akibatnya di akhirat sana.

Begitulah kesannya apabila iman di hati semakin susut. Kesusutan iman dihati adalah berpunca dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Faktor yang menyebabkan manusia jatuh ke lembah dosa adalah kerana tewas dengan nafsu dalam diri serta kurangnya kesedaran dalam diri.

Dosa hakikatnya adalah perkara yang menyebabkan hubungan kita dengan Allah semakin jauh. Dosa juga adalah perkara yang menyebabkan hubungan sesama manusia tergugat. Dosa itu jahat kerana melawan dan merosakkan kemampuan dan tumpuan manusia untuk mempunyai hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia.

Dosa juga adalah sesuatu yang menyebabkan hati dan jiwa berasa gelisah apabila melakukannya. Kerna fitrah jiwa manusia adalah suci dan merindui kebenaran. Apabila pertentangan terjadi dalam diri, menyebabkan pelakunya akan diselubungi perasaan bersalah kerana telah melawan fitrah diri.

Apabila makna dosa telah jelas dalam diri, marilah kita bersama-sama membebaskan diri dari kesalahan dan belenggu dosa. Bagaimana untuk kita membebaskan dari dosa? Sedangkan kita adalah manusia yang lemah yang seringkali terikat dengan nafsu, kerna nafsu seringkali mengajak kita ke arah kejahatan.

Semuanya terletak pada diri kita sendiri hakikatnya. Allah mengurniakan kita akal yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Nikmat akal ini haruslah digunakan sebaiknya. Seandainya kita mengabaikannya dengan tidak menggunakan akal pemberian Allah ini untuk berfikir, maka samalah taraf kita dengan haiwan malah lebih rendah lagi,kerna haiwan hanya mempunyai otak tetapi tidak dikurniakn akal yang khusus untuk manusia.

Gunakanlah akalmu serta hatimu untuk merenungi hakikat ini. Kerna kita adalah sebaik-baik ciptaan-Nya. Matikanlah keinginanmu terhadap dunia. Fokuskan hidupmu hanya untuk redha, rahmat, dan cinta ilahi. Hawa nafsu bermakna keinginan. Memundukkan hawa nafsu bermakna kematian baginya. Kematian hawa nafsu dapat membebaskan diri dari belenggu dosa dan kesalahan.

Dengan demikian, kesucian diri akan dapat dicapai. Diri yang suci dari noda dan dosa akan membuatkan jiwa selesa dan tenteram kerna tidak perlu lagi berperang. Hati yang tenang akan membawa kebahagiaan bukan sahaja didunia tetapi diakhirat sana.

" Wahai jiwa yang tenang..kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam Syurga-Ku"
(89: 27-30)

1 comment: