Sunday, November 20, 2011

Jaulah Walimah ke Sabak Bernam

Fonemena akhir tahun
Ramai yang menjadikan saat ini sebagai tarikh keramat dalam hidup mereka..
Seorang demi seorang akhwat yang telah mendirikan rumah tangga dan akan melaksanakannya tidak lama lagi..
Peristiwa hari ini sangat sangat mencuit hati sanubariku
Perkahwinan murabbiyah terchenta..huhu
Macam-macam perasaan ada..
Bahagia+ terharu+ sedih

Bahagia..
Sebab kebahagiaan murabbiyahku adalah kebahagiaanku jua
Dialah insan yang sangat berjasa dalam hidupku
Dialah yang menyuluh hidupku dengan cahaya kebenaran
Dialah insan yang sangat sabar menahan kerenah mutarabbi sepertiku
Kesabarannya menyebabkan hati ini terpaut padanya
Kelembutannya mencairkan jiwaku
Kata-katanya seringkali menyentuh sanubariku
Pengorbanannya sangat luar biasa..
Sanggup berkorban apa sahaja demi menyampaikan dakwah Islam
Bila kukenang segala pengorbanannya..
Air mata ini laju menuruni pipiku ini..
Sejujurnya, tidak mampu untukku membalas segala pengorbanannya
Jadi, ku biarkan Allah yang membalas segala jasa dan pengorbannya
Kerna kuyakin Dia lah yang mampu memberi balasan yang terbaik buatnya..
Hanya doa yang mampuku ukirkan dalam untaian doaku saban hari
Moga Allah memberkati hidupnya serta merahmati dirinya
Sesungguhnya aku menyayangi dirinya hanya kerna Allah semata..

Terharu..
Mungkin kerna terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah dimiliki
Dia kini telah menjadi milik orang
Tanggungjawab dirinya semakin bertambah
Jika dahulu..
Dia hanya terpaksa melayan segala kerenah kami
Tapi..
Sekarang..dia telah punya tanggungjawab yang lebih besar
Dia telah menjadi seorang isteri,
Yang akan menjadi sayap kiri perjuangan suaminya yang tercinta
Dan juga bakal menjadi seorang ibu suatu hari nanti..InsyaAllah..
Moga zuriatnya hebat seperti dirinya..malah mungkin lebih hebat lagi..
Seorang pejuang agama yang mempunyai semangat yang tinggi membela 'izzah islam dimata dunia..
insyaAllah..keluarga muslim terbentuk daripada individu muslim yang menyatu dalam baitul muslim..

Masih terngiang-ngiang kata-kata sahabatku sebentar tadi tentang zuriat yang soleh..
Katanya daripada kata-kata ustazahnya bahawa..
Peribadi zuriat kita perlu dibentuk 10 tahun sebelum kelahirannya..
Jadi,apakah maknanya???
Maknanya..jika kita menginginkan zuriat yang soleh dan mempunyai keperibadian yang tinggi..kita dahulu yang perlu menerapkan dalam diri kita sebelum kita berkahwin lagi..
Bila ia telah sebati dalam diri kita,insyaAllah..zuriat kita juga akan menerima kesannya pada masa akan datang..InsyaAllah..

Sedih..
Ntah..tak pasti kenapa rasa sedih..huhu

Tapi, apa yang aku dapat hari ini adalah tentang  kebenaran janji-janjiNya yang termaktub dalam kitab al-Quran bahawa…

" Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia ( Syurga)"
(24:26)

Peristiwa hari ini menyebabkan aku termotivasi untuk merubah diri ke arah yang lebih baik..insyaAllah,tekadku untuk untuk cuba menjadi wanita yang benar-benar solehah..muslimah yang benar-benar beriman dan mukminah yang benar-benar bertaqwa..
Agar Dia mentakdirkan aku jodoh yang benar-benar soleh..yang benar-benar beriman dan yang benar-benar bertaqwa..yang mencintaiku dan menyayangi hanya kerna-Nya..bukan kerna selainnya..
Agar dia bisa memimpinku menuju Syurga Ilahi
Yang kan kekal abadi..





No comments:

Post a Comment