Thursday, April 10, 2014

CIRI-CIRI GURU MENURUT ISLAM DALAM MENDIDIK GENERASI MASA HADAPAN

Ciri-ciri guru muslim sebenar boleh kita rujuk apa yamg disebut oleh Imam Al-Ghazali dalal kitabnya Ihya Ulumuddin di antara lain adalah :
1. Guru mestilah bersifat penyayang terhadap anak muridnya. Melihat anak muridnya sebagai anak sendiri dalam konteks memberi pelajaran dan mengasuh.

2. Menjadikan Rasulullah sebagai gudwah. Guru hendaklah menjadikan Rasulullah sebagai ikutannya.

3. Guru sentiasa menyekat murid-muridnya supaya tidak memberi tumpuan kepada sesuatu yang belum sampai masanya untuk diberi. begitu juga yang paling rumit dalam industri pengajaran dan pentarbiahan ialah bagaimana hendak menyekat pelajar-pelajar daripada berkelakuan negatif dengan cara hikmah supaya tidak berlaku tindak balas yang negatif kepada pelajar.

4. Tidak merendah-rendahkan ilmu-ilmu tertentu dalam pengajaran, yakni yang baik itu faedahnya dalam kehidupan manusia, ilmu yang menunjuk jalan selamat ke akhirat

5. Guru hendaklah mengikut tahap yang sesuai dengan umur dan akal pelajar dengan ilmu yang diajar

6. Guru hendaklah beramal dengan ilmu. Hendaklah elakkan apa yang dikatakan sebagai " double standard" , lain yang dikatakan, lain yang dibuat.

Saturday, March 15, 2014

Belajar Hidup Tenang Daripada Binatang

TIDAK ADA YANG PERLU DISUSAHKAN KERANA SEGALANYA SUDAH DITETAPKAN SECARA MUKTAMAD

Kebahagiaan tidak selamanya kekal. Kesedihan tidak akan mengembalikan sesuatu yang telah lenyap.

Dale Carneige mengesyorkan sebagai pengganti iman kepada qadha dan gadar meminta orang yang terluka bersikap tidak peduli terhadap sengatan matahari, seperti halnya kerbau dan ranting pohon. Dia tidak mahu melakukannya, kerana dia merasa bahawa itu bukan ubat yang biasa digunakan untuk mengubati luka sepertinya.

Dale Carnegie berkata: " Adakalanya aku enggan menerima sesuatu yang menimpaku walaupun ia tidak mungkin dielakkan lagi, kerana kebodohanku sendiri. Sebaliknya, aku protes, melawan dan marah, menyebabkan malam-malamku berubah seperti neraka kerana aku tidak boleh tidur. Sesudah setahun mengalami penyeksaan jiwa, aku mula akur dengan kepastian yang sejak awal aku tahu ia memang tidak boleh diubah.

Selama dua belas tahun aku habiskan umurku bersama haiwan ternak. Aku tidak melihat seekor lembu betina yang kesusahan atau bersedih kerana padang rumput terbakar atau kering kerana kemarau panjang. Aku juga tidak pernah melihat ada lembu betins yang sedih ditinggalkan oleh lembu jantannya yang merayu lembu betina yang lain. Sesungguhnya haiwan menghadapi kegelapan, badai, dan rasa lapar dengan tenang dan rileks. Justeru itulah ia jarang mengalami tekanan jiwa dan gangguan penghadaman.

Lebih baik mengenang kejayaan dan kegembiraan daripada mengingat kesusahan dan malapetaka.

" Cukuplah Allah sebagai pelindung"

Hasbunallahuwanikmawakil