Bismillah..
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sudah
sekian lama diri ini tidak mencoret dalam ruangan dakwah maya ini..alasan sibuk mungkin sudah tidak relevan
lagi untukku berikan,namun ia berpunca dari diri ini yang terkadang tidak
efisien dalam menguruskan amanah umur yang Dia berikan padaku..semuanya
diberikan 24 jam,tapi sejauh mana seseorang itu benar-benar memanfaatkan
waktunya semata-mata untuk mencari redha Ilahi..sama-sama kita muhasabah..
Tujuan
coretanku pada kali ini adalah untuk berkongsi tentang perjalanan indah dalam
hidupku yang Dia anugerahkan istimewa buatku..
Pada
minggu lepas, aku mempunyai beberapa komitmen yang perlu ku penuhi..dan dalam
masa yang sama aku terpaksa memilih antara salah satu yang terbaik dan terpaksa
mengorbankan salah satu di antara yang terbaik. Memang sukar hakikatnya untuk
membuat keputusan lantaran diri ini yang lemah dan hina,tidak tahu apakah yang
terbaik buatku. Tapi aku yakin, Dia sentiasa memilih yang terbaik buatku.
Jumaat..aku
ditawarkan oleh seorang sahabat untuk menjadi model bagi memperagakan pakaian
muslimah di dalam satu program yang sangat menarik dan bermanfaat yang
dijalankan oleh Pusat Islam UPSI iaitu program Bicara Wanita yang saban minggu
dilakukan pada setiap hari Jumaat yang mulia. Namun pada minggu itu, ia
diadakan secara besar-besaran bagi menjalankan kempen Aurat Terjaga Syariat
Terpelihara. Apa yang lebih istimewa, program itu menampilkan seorang yang
sangat istimewa di hatiku iaitu Ustazah Fatimah Syarha yang semakin terkenal
dan mendapat tempat di hati masyarakat yang mendambakan siraman ilmu dan kasih
sayang Ilahi. Masih dilema tika itu sama ada ingin memenuhi tawarannya itu atau
menolak. Hal ini kerana….
Pada hari
sabtu, Program OSC ( One Step Closer) anjuran Pembina Penang telah menjemput
wakil dari akhwat UPSI untuk mempromosi UPSI kepada para peserta tersebut. Aku menjadi serba salah untuk menolak pelawaan itu..
Dan dalam
masa yang sama, aku diberikan amanah oleh seorang pensyarah untuk mengajar
anaknya yang mengalami autisme pada pagi sabtu tersebut…
Mana yang
lebih utama????
Confiuse…
Yang mana
perlu ku pilih dan yang mana perlu ku tolak??
Setelah
memikirkan dengan lebih rasional dan lebih mendalam, aku bertekad dan telah
membuat keputusan…
Pagi
jumaat itu, aku terus bergerak ke KTMB bagi membeli tiket ke
Butterworth..alhamdulillah, masih ada tiket meski agak mahal..ayat-ayat
cinta-Nya memberi booster untukku meneruskan tindakan tekadku ini..sebenarnya,
pada tika itu aku mengalami sedikit masalah kewangan yang memaksaku untuk
sentiasa berjimat-cermat..namun aku yakin dengan janji-Nya, jika kita menolong
agama Allah, pasti Dia menolong kita dan meneguhkan kedudukan kita ( 47:7)…
Tawaran
untuk menjadi model memperagakan pakaian muslimah terpaksa ku tolak dan
memberinya pada mad'u yang sedia untuk menggantiku..alhamdulillah..Dia
permudahkan urusanku..terima kasih Allah..
Malam
itu,setelah berakhirnya program Bicara Wanita, aku bergegas ke KTMB..tiketku
pada pukul 12.30 malam. Agak takut pada mulanya..namun..aku percaya..Dia
sentiasa menjaga dan memeliharaku..semasa menunggu aku sempat berkenalan dengan
seorang pasangan suami isteri yang masih romantik walau umur mereka agak
berusia. Banyak yang aku dapat dari perkenalan itu.
Aku diuji
di dalam kereta api. Aku terpaksa duduk di sebelah lelaki. Namun, aku bersyukur
sepanjang perjalanan lelaki tersebut sedang lena di ulit mimpi..agak baik nasib
ku ketika itu walau diri sendiri tidak
dapat tidur sepanjang perjalanan…huhu
Alhamdulillah..pada
pukul 6.30 pagi aku telah selamat sampai ke destinasi. Kaki terus mengorak
mencari tempat untuk menunaikan solat Subuh. Ketenangan kurasai saat mendirikan
solat Subuh pada pagi itu..sementara menunggu akhwat yang akan mengambil aku, aku
sempat menikmati keindahan ciptaan Ilahi yang melahirkan ketenangan dalam hati
ini. Segala masalah di medan Perjuangan di UPSI dapat kulupakan
seketika..memang aku agak setabut pada minggu itu..alhamdulillah..jaulah ini
memberikan aku kebahagiaan meski aku bergerak seorang diri. Kebersamaan Allah
sangat kurasakan tika itu..
Setelah
selesai program OSC, aku bersama bekas murabbiyah ku 'merempit' ke USM..hehe
Bermulalah
jaulah yang manis ini…
Aku
bahagia bertemu sahabat seperjuanganku yang lain di bumi USM ini..
Sangat
bahagia…nikmat Allah yang sangat bernilai bagiku…ukhuwah kerana Allah…
Kami
sempat singgah ke pasar malam..membeli makanan cita rasa hati..
Makan
bersama sahabat-sahabat di sana sangat nikmat ku rasa meski makanan yang dibeli
tidak sebanyak mana, namun sangat membuatkan kami kekenyangan..kekenyangan
kasih sayang…<3
Esoknya,
mereka mengadakan riadah..meski hujan agak renyai, namun perjuangan harus
diteruskan..huhu..
Aktiviti
yang tidak dapat saya lupakan adalah bermain bowling kelapa di
cafeteria..pertama kali seumur hidup..meski hanya dapat menjatuhkan satu botol
air sahaja..hehe
Dan
bermain badminton di café…agak kelakar..tapi sangat enjoy…
Aktiviti
terakhir sangat menggamit memori…kotak beracun..nasib saya agak baik..tidak
terkena task walau terkena kotak beracun itu..hehe
Manisnya
saat itu..sesungguhnya ia telah membuatkan hatiku ini berbunga-bunga…bersama
sahabat-sahabat yang sangat ceria dan comel…rindu sangat untuk bersama dengan
mereka lagi pada masa akan datang…Ya Allah..pertemukan kami lagi di sana…
Apa yang
agak menarik di sini, Allah mempertemukan saya dengan seorang sahabat alam maya
di facebook yang tidak pernah saya kenali sebelum ini…tidak sangka..sangat
cantik urusan-Nya…
Hah
Qunis…
Pernah
menjadi persoalan di minda dan di hati ini siapakah gerangannya pemilik nama
tersebut..
Akhirnya..Dia
menjawab persoalanku ini melalui jaulahku ini..
Mereka yang ceria...
Mereka yang comel
Kita merancang..dan Dia juga merancang..
Sesungguhnya…perancanganNya
is the best..
Yakinlah…