Ya
Allah..
Jiwa ini
hampa tika aku jauh dari-Mu
Hidup
terasa kosong
Tiada
makna..
Hidup
hanya untuk menunaikan tanggungjawab harian yang perlu dilakukan
Aku rasa
jauh..
Tiada
lagi kemanisan dalam hidup ini..
Tiba-tiba
Engkau
menghujani ku dengan pelbagai ujian
Yang
tanpa kujangka ia terjadi pada diriku
Satu per
satu
Hingga
diri terasa sangat lemah dan tidak berdaya lagi
Saat
itu..
Aku jadi
dekat dengan-Mu
Setiap
solatku ditemani air mata
Hanya
Engkau yang menjadi pohon kekuatanku
Tiada
manusia yang dapat merasai dan memahami hati ini
Kecuali
Engkau Ya Allah
Aku tahu
Aku tidak
bersendirian walau aku tercampak keseorangan dalam lautan ujian yang dalam
Kerana ku
tahu
Engkau
sentiasa bersama hamba-hamba-Mu
Malah
sangat dekat
Lebih
dekat dari urat leherku
Setiap
yang berlaku pasti tersirat hikmah
Walau
pada dasar mata kasar ku
Ia
sesuatu yang amat sukar untukku terima
Aku yakin
perancanganNya
adalah yang terbaik
Dia beri
aku kepahitan dan kesakitan di awal perjalanan kehidupanku
Mungkin
kerana Dia nak beri sesuatu yang istimewa buatku
Dia bagi
kejutan buat diriku
Bila tiba
saatnya nanti
Yang
penting sekarang adalah SABAR dengan setiap ujian yang Dia bagi,
Ujian tu
kan tanda pukulan sayang Dia pada kita
Dia tak
nak kita jauh dari Dia
Dia nak
kita selalu merintih dan berdoa padaNya
Manusia
bila senang memang selalu lupa pada Allah
Bila
susah baru nak cari Allah..
Sebab tu
Allah akan hadiahkan ujian buat hamba-hamba yang Dia sayang
Supaya
hamba-hambaNya tidak terlalu jauh di persimpangan hidup
Terima
kasih Allah atas hadiah yang Kau beri padaku
Maafkanku
kerana aku pernah tidak suka dengan hadiah yang Kau beri ini
Maafkanku
Ya Allah..
Sesungguhnya
Aku hamba-Mu yang lemah
Mudah
melatah tika ditimpa ujian yang berat
Sekarang
aku dapat hikmah di sebalik ujian ini
Aku dapat
merasai kembali kemanisan cinta-Mu
Hidupku
kini kembali bahagia
Apabila
aku semakin dekat pada-Mu
Dan aku
sering merindui-Mu..
Perasaan
yang pernah hilang suatu ketika dahulu muncul kembali
Alhamdulillah..
Inilah
hadiah yang sangat bernilai pada-Ku
Walau di
alam nyata aku kehilangan..aku keseorangan..aku ditinggalkan..
Namun,
hakikatnya jiwa dipenuhi cinta-Mu
Aku ingin
selalu mencintai-Mu ya Rabbi..
No comments:
Post a Comment