Tuesday, July 24, 2012

Duhai Ramadan



Duhai ramadan
Hadirmu membawa seribu rahmat
Hadirmu membawa kebahagiaan buat diriku
Hadirmu menyinari hatiku yang gersang ini

Duhai Ramadan
Jika diizinkan, ingin aku selamanya bersamamu
Setiap detik bersamamu sangat bermakna dalam hidupku
Aku semakin tenang dengan kehadiranmu

Duhai Ramadan
Engkau adalah utusan Ilahi
Buat hamba-hamba-Nya
Engkau adalah hadiah berharga buat kami

Duhai Ramadan
Engkau  adalah tetamu agung kami
Hadir mu sentiasa dinanti
Oleh hati orang-orang mukmin
Yang mendamba cinta Ilahi

Namun begitu,
Tidak ramai yang menghargai kehadiranmu
Tidak ramai yang menyambut kedatanganmu
Tidak ramai yang benar-benar bersyukur dengan kehadiranmu
Tidak ramai yang menyedari kebaikan dalam dirimu
Tidak ramai yang merasai rahmat kehadiranmu
Tidak ramai yang sedih dengan pemergianmu

Mungkin kerana keindahan dunia yang palsu telah memukau mata
Mungkin kerana mereka tidak menyedari hakikat di sebalik penciptaan diri
Mungkin kerana mereka masih tidak terjaga dari lena yang panjang
Mungkin mereka masih enak di buai mimpi-mimpi indah

Duhai ramadan
Apakah ini kali terakhir aku bersamamu?
Apakah aku berpeluang bertemu mu lagi pada masa akan datang?
Sesungguhnya aku tidak tahu tentang itu
Hanya Dia yang mengetahui
Namun jauh di sudut hati ini
Ingin sekali aku bertemu Dia pada saat kehadiranmu ini
Kerana dengan kehadiranmu
Dibukakan pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka
Sesungguhnya..
Cita-cita tertinggi ku adalah dapat bertemu Dia dalam keadaan yang diredhai
Dan membawa sekeping hati yang sejahtera
Hanya itu cita tertinggiku
Ya Allah..
Perkenankanlah permintaan hambamu ini..

No comments:

Post a Comment