Sunday, August 15, 2010

Duhai Hati

duhai hati ini..
sabarlah menghadapi dugaanNya..
ketahuilah wahai hati..
Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar..
Bersyukurlah dengan setiap ujian yang Dia berikan..
Duhai hati..
ingatlah..
setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..
sesungguhnya dunia ini hanyalah sebuah tempat untuk diuji..
sejauh mana ketaatan dan keimanan kita pada Allah..
bukan tempat untuk bersenang-lenang..bergembira..berseronok..
tapi..dunia ini adalah tempat kita mencari perbekalan yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang panjang..dunia hanyalah tempat persinggahan..kita umpama seorang musafir..musafir yang harus bersegera dan tidak lalai ketika dipersinggahan..kerna perjalanan ini masih jauh..andai dibiar leka dipersinggahan..masih sempat berseronok dan bersuka ria..bagaimana mahu meneruskan perjalanan menuju ke destinasi abadi..destinasi yang paling indah..andai diri dibekali dengan dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah..tetapi bagi yang masih leka dan seronok dengan kehidupan dunia, ia mungkin menjadi destinasi yang paling buruk buatnya..
oleh itu wahai diri..
sedarlah hakikat kehidupan ini..
usah lagi kau leka dan berseronok dengan kehidupan dunia ini..
bersegeralah kau dalam membuat kebaikan dan mendapat keampunanNya..
sentiasalah berusaha dalam mendapatkan kasih-sayangNya
lakukan pekerjaan dan amalanmu hanya untuk mencari keredhaanNya..
bukan mengharapkan pandangan dan pujian manusia semata..
cukuplah Allah yang saksi segala-galaNya..
kerna hanya Dia yang aku perlukan dalam hidup ini..
ya Allah..ampunilah diriki ini..
sesungguhnya aku amat merinduimu..
bilakah agaknya aku dapat bertemu denganMu ya Allah..???
sesungguhnya jiwaku amat terseksa kala ini..
bantulah aku Ya Allah..
sesungguhnya aku hambaMu yang lemah lagi hina..
terimalah amal-amal ku didunia..
sesungguhnya hanya rahmat dan kasih sayangMu yang kuharapkan..
Ya Rabbi..tuhanku yang amat kucintai...

No comments:

Post a Comment