Monday, August 16, 2010

Aku Ingin Menjadi Penulis

Ya Allah, Ya Rabbi..
bantulah aku untuk menjadi seorang penulis
aku bukanlah insan yang hebat dalam berkata-kata
aku juga kurang keyakinan dalam menyampaikan
tapi..aku teringat di dalam hadis rasulullah..
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"
tapi..aku..??
apa yang telah aku lakukan..
setiap minggu aku dihidangkan dengan makanan rohani dari murabbiyahku..
tiap minggu juga aku diingatkan untuk menyampaikan..
tiap ilmu dan tarbiyah yang aku peroleh selama ini..
tapi ilmu yang aku perolehi selama ini hanyalah tersemat kemas di dalam dadaku ini..
 setiap minggu aku sering mengajak mad'u ku
untuk bersama-sama berkongsi ilmu yang ku perolehi selama ini..
namun..
sambutannya agak hambar..
ramai yang sibuk dengan urusan masing-masing..
tatkala aku sibuk, mereka tidak, dan begitulah sebalik
kadang-kadang timbul jenuh di dalam hati ini
ya Allah..maafkanlah hambamu ini..
baru sedikit ujian yang kau berikan, tapi kadang aku seringkali merungut..
tapi..aku ingin menyampaikan..
kerana aku tahu itu tanggungjawab aku sebagai seorang Islam..
setiap yang bergelar muslim wajib berdakwah dan menyampaikan..
jadi..
saat ini..
aku akan mencuba menggunakan kaedah lain dalam berdakwah..
aku akan cuba belajar menyampaikan melalui penulisan walau hakikatnya ilmu di dada ini cumalah sekelumit..
sesungguhnya dakwah tidak memerlukan aku..tapi aku lah yang memerlukan dakwah itu..
aku ingin pahala ku berkekalan walaupun jasadku tiada lagi di muka bumi ini..
ya Allah..perkenankanlah permintaan hambamu ini..
hanya rahmat dan kasih sayangMu yang ku harapkan..
bantulah aku untuk menjadi seorang penulis suatu hari nanti..
aminnn..

No comments:

Post a Comment