Tuesday, February 8, 2011

Duhai Sahabat...

Duhai sahabat..sedarkah kalian kita hakikatnya adalah umat akhir zaman. Kita berada dalam era penghujung dunia. Keadaan dunia yang semakin nazak dan tenat. Lihatlah kejadian yang berlaku pada hari ini. Gempa bumi, banjir, ribut,tanah runtuh,tsunami,letusan gunung berapi  dan sebagainya adalah bukti bumi semakin tua dan hanya menanti ditamatkan riwayatnya. Ini menunjukkan kiamat hampir tiba. Didalam firman Allah yang bermaksud: “ Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang manusia dalam keadaan lalai dengan dunia, berpaling dari akhirat”(Al-anbiya’:21). Begitulah peringatan Allah dalam surat cintaNya buat manusia. Betapa kiamat sudah sangat dekat, tapi manusia masih lagi alpa mengejar dunia tanpa mempedulikan peringatan-peringatan Allah kepada hamba-hambaNya melalui kejadian-kejadian yang berlaku pada hari ini yang menunjukkan kekuasaan Allah. Betapa pengasihnya Allah yang masih lagi memberi peluang buat hamba-hambaNya yang tersasar dari landasan hidup yang sebenar untuk kembali kepadaNya, kembali ke pangkuan hadrat Ilahi, kembali ke jalan hidup yang benar. Allah masih lagi membuka pintu taubat buat hamba-hambaNya yang sedar akan hakikat hidup ini. Manusia di cipta bukanlah hanya untuk berseronok-seronok sahaja dimuka bumi ini dan sia-sia (21:16), tetapi ada tujuannya tersendiri. Iaitu sebagai hamba Allah (51:56)  dan sebagai khalifah dimuka bumi ini (2:30). Ramai manusia yang terkadang terlupa hakikat penciptaannya dimuka bumi, meski hakikatnya manusialah makhluk ciptaan Allah yang terbaik (95:4)  yang dikurniakan akal untuk berfikir. Manusia diberi dua pilihan. Sama ada untuk memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan (91:8). Oleh itu, gunalah akal kurniaan Allah ini untuk berfikir dan merenungi tujuan hidup kita dimuka bumi ini.        
               Sahabatku..hargailah nikmat kehidupan didunia yana sesaat cuma ini. Gunakanlah ia sebaiknya untuk mengumpul bekalan untuk kehidupan yang abadi di akhirat sana. Hidup kita disini adalah sebagai seorang musafir yang perlu membawa bekalan yang cukup untuk sampai kedestinasi yang sebenar.  Janganlah kita mudah terpesona dengan keindahan dunia yang fana ini (20:131). Sesungguhnya kehidupan disana lebih indah dan penuh dengan kenikmatan yang tidak terjangkau dek akal fikiran. Janganlah dikorbankan hidup ini hanya untuk kesenangan yang sementara, tapi manfaatkanlah hidup ini dengan sebaiknya untuk kehidupan yang kekal abadi. Renung-renungkan dan selamat beramal. Teruskan langkahmu mencari redha Ilahi.


No comments:

Post a Comment