Monday, August 15, 2011

Lumrah Kehidupan

" Hidup tidak selalunya indah, kerana di situlah keindahan hidup" 
- Pahrol Mohd Juoi-



Kehidupan ini seperti roda. Kadang kita berada di atas, dan adakalanya kita akan berada di bawah. Hidup  kita tak selalunya bahagia sentiasa. Kadang-kadang kita akan diuji. Saat kita dikurniakan dengan nikmat dan kebahagiaan, bersyukurlah. Saat kita ditimpa ujian dan kesusahan, bersabarlah. Redhalah dengan setiap yang berlaku. Kerna di setiap apa yang berlaku punya hikmah yang tersendiri. Hanya Dia yang tahu. Kita hanya hambaNya. Usahlah merungut atau menyesal dengan apa yang berlaku. Terimalah segalanya dengan hati yang tenang dan berlapang dada. Ingatlah, Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Yakinlah dengan Allah. Pasti kau akan bahagia.

 Meski hidupmu dipenuhi onak, ranjau dan duri, anggaplah segalanya adalah untuk  menjadikanmu lebih matang dalam menghadapi kehidupan ini. Semakin Allah sayang pada hambaNya, semakin banyak ujian yang akan diberikannya. Oleh itu, bersyukurlah..Allah mengasihimu..Dia memerhatikanmu..Dia sedang menguji keimananmu padaNya. Dia juga ingin mengangkat darjatmu di sisiNya selain dosa-dosa mu juga diampunkan. Beruntunglah mereka yang di uji.

Bersangka baiklah dengan setiap ketentuanNya. Dia sentiasa memberi yang terbaik untuk kita. Dia bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi hakikatnya ia tidak baik untukmu dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, tetapi hakikatnya ia baik untukmu. Sungguh, Allah mengetahui segala-galanya..( 2:216)

Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesukaranmu. Ingatlah terlalu banyak nikmat dan kurniaan pemberian Allah yang jarang kita syukuri, namun bila kita diuji sedikit, terlalu banyak runggutan dan ngomelan yang keluar dari mulut kita. Sungguh..terlalu ramai manusia yang kufur akan nikmatNya, hanya segolongan kecil manusia yang benar-benar bersyukur iaitu yang sentiasa mentaati dan mengingati Allah sama ada ketika senang mahupun susah.

" Dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan ( sumber) penghidupan untukmu. Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur."
   ( Al-A'raf:10)

Bersabarlah dalam bersabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Ingatlah..ganjaran sabar adalah SYURGA. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di Syurga. Sesungguhnya SABAR ITU INDAH.

Kita hanyalah makhluk ciptaan Allah yang tidak dapat mengubah takdir yang telah ditentukan-Nya, namun kita mampu mengubah cara kita mentadbir hati dan fikiran kita. Hati perlulah disuburkan dengan keimanan dan ketaqwaan agar ia dapat menjadi raja yang juga dapat mengubah cara kita berfikir terhadap sesuatu yang terjadi dalam hidup kita. Apabila hati yang penuh dengan keimanan dan ketaqwaan yang menjadi raja, maka mudahlah untuk akal menjadi rakyat yang baik pada rajanya. Apabila akal telah ditakluk dengan keimanan dan ketaqwaan padaNya, maka lahirlah akal yang sentiasa berfikiran positif. Fikiran yang positif akan membentuk emosi yang stabil. Emosi yang stabil adalah jiwa yang tenang di saat menghadapi kesukaran,tiada ucapan keluh kesah,tiada penyesalan yang berpanjangan,  dan mampu tersenyum ketika ujian melanda dirinya.

 Namun jika nafsu yang merajai dalam diri..segalanya tidak bermakna lagi. Untuk itu,takluklah hatimu dengan keimanan dan ketaqwaan. Jangan biarkan nafsu yang memandu hidup kita..

"  Ketahuilah, bahawa di dalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak, maka rosaklah pada seluruh jasad. Ketahuilah, bahawa segumpal  daging itu adalah hati"
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)








Thursday, August 11, 2011

Rahmat di sebalik ujian


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)

Selagi hidup, selagi itulah kita akan terus diuji. Ujian itu hakikatnya adalah tanda kasih sayang Allah..kerna manusia itu bersifat alpa..sering terlalai dan terleka. Ujian itu ibarat jam loceng. Mengejutkan yang masih lena. Begitulah pentingnya ujian buat manusia. Menjadi penggera yang akan mengingatkan kita agar tidak terus terlana. Lena dengan kehidupan dunia yang fana.
Apabila kita dikejutkan dengan ujian, barulah kita akan tersedar. Sedar akan kehidupan realiti dunia ini…segalanya bersifat sementara..segalanya berada dalam kekuasaanNya..yang mengatur segala urusan. Barulah kita sedar dibumi mana kita berpijak. Barulah kita ingin kembali pada pemilik alam ini. Barulah kita nak merintih, merayu dan berdoa padaNya. Begitulah sifat manusia. Bila senang mudah lupa pada Pencipta. Bila susah baru nak ingat. Itulah hikmah ujian sebenarnya..mendekatkan seorang hamba pada Yang Maha Raja..

Bagi siapa yang sedang diuji..bersabarlah…(33:35) dan bersyukurlah kerna Dia masih mengasihi dan menyayangimu..

Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dia tahu apa yang terbaik buat kita…( 2:216)

SALAM MUHASABAH...

Wednesday, August 10, 2011

Antara Dakwah, Ta'lim dan Tarbiah


Perkataan yang seperti kelihatan sama maksudnya
Namun hakikatnya punya maksud dan tafsiran yang berbeza
Apa yang sama adalah semuanya bermaksud untuk menerangi ummat dari kegelapan jahiliyah menuju cahaya nur keimanan

Antara dakwah,ta'lim dan tarbiah

Dakwah…
Proses mencetuskan kesedaran dalam beragama.
Seruan ke arah kebenaran
Bertujuan untuk menyentuh dan membangkitkan roh dan hati dengan sentuhan iman dan islam

Ta'lim…
Usaha mengajar,menyampaikan dan mencurahkan ilmu buat sasaran dakwah
Agar mereka yang telah tersentuh dengan dakwah dapat membekali diri dengan ilmu untuk memandu hidup agar lebih terarah
Agar kemungkaran dan kebenaran dapat dipisahkan
Agar dapat membezakan yang hak dan yang batil
Agar dapat membezakan yang halal dan haram
Agar jalan menuju akhirat dapat dicari

Tarbiyah…
Proses didikan dan bimbingan
Agar mereka dapat beramal dengan ilmu yang telah diperolehi
Proses yang lebih sukar
Memerlukan kesabaran dan keikhlasan hati
Agar tidak lelah di tengah jalan
Kerna ia bukanlah semudah dakwah dan ta'lim
Ia adalah proses membentuk manusia menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya

Dakwah..ta'lim…tarbiah…
Perlu digandingkan tanpa dipisahkan dalam usaha mengubah ummat yang semakin kritikal pada hari ini

Ayuh para pejuang
Bangkitlah dari lenamu yang panjang
Sahutlah seruan ilahi
Syahid atau menang
Tiada istilah kalah dalam kamus hidupmu
Ingatlah janji-janjiNya
Agar hidupmu lebih bermakna dan sentiasa dalam redhaNya
Serta Syurga yang menjadi destinasimu di sana
Biarlah kita bersusah dan berlelah disini
Asal kita dapat berehat di sana untuk selamanya..



" Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya"
( 2:207)

Monday, August 8, 2011

Mutiara Ramadhan

    Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…
    " Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
    ( Al-Baqarah: 183)

    Semoga mahkota taqwamenjadi rebutan..habluminallah dihubungkan dengan tali taqwa, habluminnas dihubungkan dengan akhlak mulia..maka bertaqwalah dan berakhlak mulia lah dalam menunaikan hak-hak Allah dan hak-hak manusia..

    Antara intisari khutbah Rasulullah s.a.w pada akhir Sya'ban:
    " Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah Syurga. Ramadhan juga adalah bulan saling tolong menolong dan bulan di mana akan ditambah rezeki orang-orang mukmin.."
    Ramadhan Al-Mubarak

    Peluklah Ramadhan ini seerat mungkin, kerna tiba masanya kita terpaksa melepaskan. Andai Ramadhan ini yang terakhir, moga ia terbaik disisiNya

    Ramadhan tiba lagi, memberi sejuta kenikmatan buat yang menghargai. Bulan yang penuh kegembiraan buat yang beriman, bulan yang menyucikan hati buat yang setia bersama Ilahi

    Apabila kamu berpuasa, maka puasalah juga bersama-sama pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu daripada melakukan perkara yang dilarang Allah,kalau kamu tidak berbuat demikian, maka hari kamu berpuasa dengan hari yang kamu tidak berpuasa,kedua-duanya sama ( petikan Hadis)

    Setting NIAT, upgrade IMAN, download SABAR, delete DOSA, Install TAUBAT, Approve MAAF, Search for PAHALA..3..2..1.. Go Ramadhan..Ramadhan Karim

    Semoga Ramadhanmu sempurna
    Hakikatnya seharum cendana
    I'tikadnya seagung singgahsana
    Ma'rifatnya seanggun kencana
    Ikhlas dipayungi rahmat
    Salam Ramadhan

    Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT lah penawarnya
    Jika seluruh UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT ubatnya
    Jika semua BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN adalah pembersihnya
    Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


    Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah, abaikanlah puasa umat Muhammad jika sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara:
  1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
  2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
  3. Tidak terlebih dahulu bermaafan dengan orang-orang disekitarnya..
  4. Maafkan segala kesilapanku…

    Selamat datang ke Universiti Rmadhan Al-Mubarak
    Jangka masa : 1 bulan
    Intake : 1432H
    Kursus: QIA002- Qiamulail
                   TRW004- Solat Terawih
    Carry marks: 100% Continous Assesment
    Penilai : Allah
    GOOD LUCK SEMUA!!!

Sunday, August 7, 2011

Qaseh Seorang Sahabat

Sahabat..
Kehadiranmu memberi makna dalam hidupku
Kau menceriakan hari-hariku yang suram
Kau tempat ku luah rasa hati ini
Kau kuatkan aku saat aku lemah
Kau setia bersamaku disaat senang dan susahku
Kau jua yang memujukku dikala ku kesedihan
Alhamdulillah..
Aku bersyukur padaMu kerna Kau menghadiahkanku
Seorang sahabat yang sangat istimewa
Yang menjadi utusanMu buatku
Yang teramat bernilai bagiku
Moga aku bisa menjadi sahabat yang baik baginya
Moga aku tidak mensia-siakan qasehnya padaku
Terima kasih sahabat
Moga ukhuwah kita ukhuwahfillah
Hanya kerna mengharap redhaNya
Agar ia bisa menjadi naungan diakhirat sana buat kita
Kerna saling mencintai hanya kernaNya
Sahabat
Maafkanku
Andai aku menyakiti hatimu
Andai aku melukai hatimu
Andai aku mengguris hatimu
Andai terkadang aku mengabaikan perasaanmu
Andai terkadang gurauanku berlebihan
Andai aku bukan seperti yang kau harapkan
Kerna aku hanya insan biasa
Yang tidak terlepas dari salah dan silap
Tegurlah aku,nasihati aku, beritahu aku
Kerna aku amat memerlukan sahabat sepertimu
Kini,esok,lusa dan selamanya
Saya sayang awak sahabat
Moga ukhuwah kita untuk selamanya

Tuesday, August 2, 2011

Bingkisan Ramadhan

Ramadhan..kehadiranmu amat dinanti..setiap tahun kau menziarahi kami,walau Cuma sebulan, namun kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupan kami..kau membawa rahmat, ampunan dan barakah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain..namun, kau hanyalah wasilah utusan Allah buat hamba-hambaNya yang beriman sebagai tanda kasih sayangNya yang tidak terperi.

Saat kehadiranmu membuka peluang dan ruang untuk kami hamba-Nya melipat gandakan amalan bagi meraih ganjaran yang tidak ternilai disisi Ilahi. Kemuliaanmu membuatkan kami ingin selamanya bersamamu..namun,apakan daya kami sebagai hamba tuhan tidak mampu melepaskan pemergianmu saat masanya telah tiba kau tidak lagi bersama kami..kami akan cuba untuk menghargai setiap detik dan saat kami bersamamu agar kami tidak mejadi orang-orang yang rugi kerna mensia-siakan kehadiranmu.

Ramadhan..kehadiranmu membawa sinar harapan buat kami untuk kami memperoleh ijazah TAQWA disisi Allah..pencapaian tertinggi buat seorang hamba. Namun, dek kerna dunia,kami lupa untuk berusaha mencapai ijazah itu..moga kehadiranmu bisa membakar semangat kami untuk berusaha mencapainya agar ia bisa membawa perubahan yang besar buat kami. Hanya dengan ijazah TAQWA yang mampu menjamin kebahagiaan kehidupan kami didunia dan diakhirat sana..

Ramadan..kau umpama madrasah tarbiyah dalam kehidupan kami. Kau mengajar kami erti kesabaran menghadapai segala cubaan hidup melalui latihan kesabaran kami menahan lapar. Kau mengajar kami agar tidak tunduk pada pujukan hawa nafsu yang sering menggoda keimanan dalam diri. Saat syaitan pula sedang dibelenggu , memudahkan kami untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan yang sering kami lakukan saat kami sering tertewas dengan helah dan tipuan mereka.

Duhai Pemilik Ramadhan..
Berikan kesempatan kepada kami untuk memanfaatkan kehadiran Ramadhan dengan sebaik-baiknya..
Berikan kami kesihatan yang baik agar kami punya kekuatan untuk beribadah kepadaMu dengan sebaik-baiknya..
Berikan kepada kami peluang untuk kami mempergunakan setiap detik pada bulan Ramadhan dengan ketaatan kepadamu..
Berikanlah kepada kami kekuatan hati dan jiwa untuk kami sentiasa istiqamah dan tekun dalam melaksanakan pelbagai ibadah pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya..sesungguhnya ia adalah medan buat kami untuk kami melatih diri kami dengan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu.
Jadikanlah Ramadhan kali ini ramadhan yang terbaik dalam hidup kerna kami tidak tahu adakah masih ada peluang untuk kami bertemu Ramadhan lagi pada masa akan datang.
Amin..kabulkanlah permintaan kami ini ya Rabbi 'Izzati

Friday, June 24, 2011

Untukmu Yang Bernama Hati

Assalamu'alaikum
Apa khabar kamu yang bernama hati?
Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang enak dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari
Yang sentiasa menyinari alam ini..

Duhai kau yang bernama hati
Jagalah dirimu sebaiknya
Peliharalah dirimu dari anasir-anasir
Yang cuba menggodamu

Duhai kau yang bernama hati
Janganlah mudah kau percaya akan dunia yang penuh racun berbisa
Jangan mudah kau mengalah dan rebah
Dengan dunia yang berselirat kehitamannya
Kuatkan dirimu,kentalkan jiwamu dan perangilah nafsumu
Duhai hati..
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah sebagai benteng dan perisai untumu

Untuk dirimu yang bernama hati
Jangan cepat berundur dan mengalah
Tatkala ujian datang menyergah
Walau kadang dirimu ingin rebah
Kadang terduduk menangis pilu
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa Dia sedang mengujimu
Itu tandanya dirimu masih disayangi oleh-Nya

Duhai hati yang kusayangi
Tolong sentiasa ingatkan dirimu
Usah terlalu mengejar cinta manusia
Yang tiada bertepi
Kerna ia hanya akan memberi luka dihati
Usah kau meraih cinta manusia
Jika ia hanya menyinggah menyapa
Jangan terlalu mengejar cintanya
Kerana belum tentu dia menjadi milikmu
Cukup sekadar cintai dalam diam
Cukup sekadar dari kejauhan
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu

Duhai hati yang kusayangi
Tetapkanlah dirimu, luruskanlah dirimu
Jangan mudah tersungkur
Dari cubaaan yang seringkali ingin menyimpangkan dirimu
Tiupkan semangat jiwamu
Tepislah segala anasir yang cuba menghampiri menggodamu

Pesanan untukmu wahai hati
Walau bagaimana berat sekalipun dirimu diuji
Walau badai suntiasa menghampirimu
Walau apapun kisah yang akan terlukis
Jangan biarkan kelongsang jasadmu
Sepi dan sunyi tanpa cinta-Nya
Semailah haruman kasihmu kepada-Nya
Moga cinta-Nya kan menghiasi mewarnai
Dirimu yang bernama hati

Untukmu perhatian hati
Terangilah dirimu dengan cahaya cinta dari-Nya
Kejarlah kasih cinta sejati-Nya
Raihlah cinta-Nya abadi lagi hakiki
Untuk selamanya..