Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Sunday, February 26, 2012
Friday, December 23, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Pasti Terbaik..
Terkadang kita memiliki sejuta harapan & keinginan yang sudah tersusun dan tertata rapi. Berbagai tindakan dan sikap yang penuh semangat menghiasi hari-hari kita demi tercapainya harapan dan impian itu. Mulai dari untaian doa yang penuh harap pada Yang Maha Kuasa agar semua yang diinginkan dapat tercapai dan usaha yang keras dengan segenap potensi dikeluarkan. Namun apa yang terjadi?
Ada yang memang yang berhasil tapi ada juga yang gagal kerana tidak sesuai dengan yang diharapkan selama ini..
Sahabat…
Kita hamba-Nya yang sangat lemah..tidak mengetahui akhir dan akibat dari setiap urusan..
Mungkin kita bisa mengatur dan merancang sebuah urusan yang baik menurut kita, tetapi ternyata urusan itu barakibat buruk bagi kita..
Allah sudah merancang kehidupan kita dengan sebaik-baiknya sehingga apa pun yang kita alami..itulah yang terbaik buat kita..
Tanamkan dalam diri bahawa setiap detik dalam kehidupan kita adalah kehidupan yang sangat indah bagi hidup kita..
Tidak boleh ada penyesalan, rasa keluh kesah, merasa tidak sebahagia orang lain, dan sikap yang menyalahkan takdir kehidupan..
Hadapi saja kehidupan ini dengan selalu berharap dan bersandar pada-Nya..
Jadikan apa pun usaha yang kita lakukan dalam rangka beribadah pada-Nya sehingga apapun hasil yang diperoleh..
Pasti itulah yang TERBAIK buat diri kita..
Monday, August 15, 2011
Lumrah Kehidupan
" Hidup tidak selalunya indah, kerana di situlah keindahan
hidup"
Kehidupan
ini seperti roda. Kadang kita berada di atas, dan adakalanya kita akan berada
di bawah. Hidup kita tak selalunya
bahagia sentiasa. Kadang-kadang kita akan diuji. Saat kita dikurniakan dengan
nikmat dan kebahagiaan, bersyukurlah. Saat kita ditimpa ujian dan kesusahan,
bersabarlah. Redhalah dengan setiap yang berlaku. Kerna di setiap apa yang
berlaku punya hikmah yang tersendiri. Hanya Dia yang tahu. Kita hanya hambaNya.
Usahlah merungut atau menyesal dengan apa yang berlaku. Terimalah segalanya
dengan hati yang tenang dan berlapang dada. Ingatlah, Allah sentiasa
bersama-sama orang yang sabar. Yakinlah dengan Allah. Pasti kau akan bahagia.
Meski hidupmu dipenuhi onak, ranjau dan duri,
anggaplah segalanya adalah untuk
menjadikanmu lebih matang dalam menghadapi kehidupan ini. Semakin Allah
sayang pada hambaNya, semakin banyak ujian yang akan diberikannya. Oleh itu,
bersyukurlah..Allah mengasihimu..Dia memerhatikanmu..Dia sedang menguji
keimananmu padaNya. Dia juga ingin mengangkat darjatmu di sisiNya selain
dosa-dosa mu juga diampunkan. Beruntunglah mereka yang di uji.
Bersangka
baiklah dengan setiap ketentuanNya. Dia sentiasa memberi yang terbaik untuk
kita. Dia bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, tetapi hakikatnya ia tidak baik untukmu dan boleh jadi kamu
tidak menyukai sesuatu, tetapi hakikatnya ia baik untukmu. Sungguh, Allah
mengetahui segala-galanya..( 2:216)
Hitunglah
kesyukuranmu, bukan kesukaranmu. Ingatlah terlalu banyak nikmat dan kurniaan
pemberian Allah yang jarang kita syukuri, namun bila kita diuji sedikit,
terlalu banyak runggutan dan ngomelan yang keluar dari mulut kita.
Sungguh..terlalu ramai manusia yang kufur akan nikmatNya, hanya segolongan
kecil manusia yang benar-benar bersyukur iaitu yang sentiasa mentaati dan
mengingati Allah sama ada ketika senang mahupun susah.
" Dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana
Kami sediakan ( sumber) penghidupan untukmu. Tetapi sedikit sekali kamu
bersyukur."
( Al-A'raf:10)
Bersabarlah
dalam bersabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Ingatlah..ganjaran sabar adalah
SYURGA. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia
mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di
Syurga. Sesungguhnya SABAR ITU INDAH.
Kita
hanyalah makhluk ciptaan Allah yang tidak dapat mengubah takdir yang telah
ditentukan-Nya, namun kita mampu mengubah cara kita mentadbir hati dan fikiran
kita. Hati perlulah disuburkan dengan keimanan dan ketaqwaan agar ia dapat
menjadi raja yang juga dapat mengubah cara kita berfikir terhadap sesuatu yang
terjadi dalam hidup kita. Apabila hati yang penuh dengan keimanan dan ketaqwaan
yang menjadi raja, maka mudahlah untuk akal menjadi rakyat yang baik pada
rajanya. Apabila akal telah ditakluk dengan keimanan dan ketaqwaan padaNya,
maka lahirlah akal yang sentiasa berfikiran positif. Fikiran yang positif akan
membentuk emosi yang stabil. Emosi yang stabil adalah jiwa yang tenang di saat
menghadapi kesukaran,tiada ucapan keluh kesah,tiada penyesalan yang
berpanjangan, dan mampu tersenyum ketika
ujian melanda dirinya.
Namun jika nafsu yang merajai dalam
diri..segalanya tidak bermakna lagi. Untuk itu,takluklah hatimu dengan keimanan
dan ketaqwaan. Jangan biarkan nafsu yang memandu hidup kita..
" Ketahuilah, bahawa di
dalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad
itu, dan bila ia rosak, maka rosaklah pada seluruh jasad. Ketahuilah, bahawa
segumpal daging itu adalah hati"
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Thursday, August 11, 2011
Rahmat di sebalik ujian
"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)
Selagi
hidup, selagi itulah kita akan terus diuji. Ujian itu hakikatnya adalah tanda
kasih sayang Allah..kerna manusia itu bersifat alpa..sering terlalai dan
terleka. Ujian itu ibarat jam loceng. Mengejutkan yang masih lena. Begitulah
pentingnya ujian buat manusia. Menjadi penggera yang akan mengingatkan kita
agar tidak terus terlana. Lena dengan kehidupan dunia yang fana.
Apabila
kita dikejutkan dengan ujian, barulah kita akan tersedar. Sedar akan kehidupan
realiti dunia ini…segalanya bersifat sementara..segalanya berada dalam
kekuasaanNya..yang mengatur segala urusan. Barulah kita sedar dibumi mana kita
berpijak. Barulah kita ingin kembali pada pemilik alam ini. Barulah kita nak
merintih, merayu dan berdoa padaNya. Begitulah sifat manusia. Bila senang mudah
lupa pada Pencipta. Bila susah baru nak ingat. Itulah hikmah ujian
sebenarnya..mendekatkan seorang hamba pada Yang Maha Raja..
Bagi
siapa yang sedang diuji..bersabarlah…(33:35) dan bersyukurlah kerna Dia masih
mengasihi dan menyayangimu..
Ingatlah
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Dia tahu
apa yang terbaik buat kita…( 2:216)
SALAM
MUHASABAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)
