Showing posts with label tinta dari umi. Show all posts
Showing posts with label tinta dari umi. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Keajaiban Tahajud


    Pesanan Rasulullah s.a.w :
     " Bangunlah untuk solat tahajud walau sekadar masa memerah susu kambing.."

    Solat tahajud sangat digalakkan dalam Islam kerna disepertiga malam berlaku pertukaran udara kotor kepada udara bersih..
    Udara bersih tika itu hampir menyamai udara di Syurga..
    Dengan menyedut udara pada waktu itu terutamanya ketika sujud dapat melegakan berbagai penyakit pernafasan..

    Kita digalakkan dan bangun selepas 4 jam tidur kerna jika lebih dari 4 jam kolestrol pada saluran pernafasan darah akan bergerak masuk ke urat paling halus di otak..
    Bila urat diotak tersumbat, kita boleh terkena strok dan kerosakan saraf..

    Untuk mudah bangun solat, kurangkan makan dan elak makan selepas maghrib atau makan buah dan air sahaja pada sebelah malam..

    Antara penyebab sukar bangun malam:
  1. Jika termakan makanan yang ada bahan yang tidak halal
  2. Jika banyak perkara dosa dan maksiat disiang hari


Antara Kita Dan Mereka


Jika remaja di Palestin..perut mereka kosong kerna kesusahan hidup..
Tetapi jiwa mereka penuh dengan berbagai program tarbiyah dan semangat untuk berjihad..
Tetapi malangnya remaja di Malaysia walau perut mereka penuh dengan makanan kerna kemewahan hidup..
Tetapi jiwa mereka kosong kerna kurang tarbiyah, kasih sayang dan perhatian kerna ibubapa terlalu sibuk dengan urusan dunia dan remaja sendiri tidak mencari ilmu akhirat..
Mereka ada otak yang cerdas, idea yang bernas,fizikal yang cerdas..
Tetapi, sayangnya musuh Islam begitu  cepat merampas mereka dengan menganjurkan berbagai program, berbagai teknologi yang melalaikan tapi menyeronokkan nafsu mereka hingga rosak jiwa dan aqidah mereka

Bagi kita yang masih sedar..
Gunakanlah segala peluang dan teknologi yang ada untuk menyampaikan dan mengajak kepada kebaikan dan menyelamatkan begitu ramai saudara mara kita,kawan-kawan kita dan umat Islam yang sedang tenat dalam arus kesesatan..