Tuesday, July 24, 2012

Duhai Ramadan



Duhai ramadan
Hadirmu membawa seribu rahmat
Hadirmu membawa kebahagiaan buat diriku
Hadirmu menyinari hatiku yang gersang ini

Duhai Ramadan
Jika diizinkan, ingin aku selamanya bersamamu
Setiap detik bersamamu sangat bermakna dalam hidupku
Aku semakin tenang dengan kehadiranmu

Duhai Ramadan
Engkau adalah utusan Ilahi
Buat hamba-hamba-Nya
Engkau adalah hadiah berharga buat kami

Duhai Ramadan
Engkau  adalah tetamu agung kami
Hadir mu sentiasa dinanti
Oleh hati orang-orang mukmin
Yang mendamba cinta Ilahi

Namun begitu,
Tidak ramai yang menghargai kehadiranmu
Tidak ramai yang menyambut kedatanganmu
Tidak ramai yang benar-benar bersyukur dengan kehadiranmu
Tidak ramai yang menyedari kebaikan dalam dirimu
Tidak ramai yang merasai rahmat kehadiranmu
Tidak ramai yang sedih dengan pemergianmu

Mungkin kerana keindahan dunia yang palsu telah memukau mata
Mungkin kerana mereka tidak menyedari hakikat di sebalik penciptaan diri
Mungkin kerana mereka masih tidak terjaga dari lena yang panjang
Mungkin mereka masih enak di buai mimpi-mimpi indah

Duhai ramadan
Apakah ini kali terakhir aku bersamamu?
Apakah aku berpeluang bertemu mu lagi pada masa akan datang?
Sesungguhnya aku tidak tahu tentang itu
Hanya Dia yang mengetahui
Namun jauh di sudut hati ini
Ingin sekali aku bertemu Dia pada saat kehadiranmu ini
Kerana dengan kehadiranmu
Dibukakan pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka
Sesungguhnya..
Cita-cita tertinggi ku adalah dapat bertemu Dia dalam keadaan yang diredhai
Dan membawa sekeping hati yang sejahtera
Hanya itu cita tertinggiku
Ya Allah..
Perkenankanlah permintaan hambamu ini..

Saturday, July 14, 2012

Terasa Semakin Dekat Saat Itu....


Hidup ini hanyalah sebuah perjalanan menuju Ilahi
Bukan hanya untuk melakukan sesuka hati
Bila tiba saatnya, kita akan disoal kembali
Apa yang telah dilakukan tika di bumi

Hari-hari ku kini
Sentiasa dibayangi saat itu..
Bagaimanakah keadaanku?
Adakah dimurkai atau dirahmati?
Hanya Dia yang mengetahui
Apa yang mampu ku lakukan saat ini adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu

Ku lihat..banyak manusia yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan tuntutan-tuntutan dunia yang sememangnya tidak akan pernah berhenti
Yang tiada berpenghujung
Mereka terlalu risau tentang urusan dunia mereka sehingga terkadang mengabaikan tuntutan Ilahi
Aku juga begitu kadang-kadang kerana aku hanya manusia yang selalu leka dan alpa apabila tidak diberi peringatan..maafkan ku ya Rabbi..

Namun..
Sejauh manakah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk kehidupan yang hakiki..
Kita lebih mengejar duniawi  yang bersifat sementara ini
Berbanding kehidupan kita di akhirat sana..
Kadang-kadang kita terlupa yang Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila sahaja
Tiada tarikh atau masa yang ditetapkan buat kita
Tapi, kita lupa untuk membuat persediaan untuk menghadapi saat itu..
Mungkin kita merasakan bahawa saat itu masih jauh dari kita
Mungkin kerana kita diberi nikmat kesihatan yang baik yang menyebabkan kita merasa bahawa hidup kita di dunia masih panjang dan kita masih ada waktu untuk membuat persiapan menghadapi saat itu..

Namun, bagi mereka yang diuji dengan masalah kesihatan, yang boleh membawa kematian, bagi ku ia adalah sesuatu yang baik. Hal ini kerana, mereka akan fokuskan kehidupan mereka untuk kehidupan di sana. Saat itu akan sentiasa terbayang di fikiran. Dan ia akan memberi dorongan untuk terus istiqamah di dalam membuat persiapan menghadapi saat itu.

Terasa saat itu semakin mendekat
Moga aku tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beriman..
Amin..

Sunday, July 8, 2012

Hadiah Istimewa Dari Dia


Ya Allah..
Jiwa ini hampa tika aku jauh dari-Mu
Hidup terasa kosong
Tiada makna..
Hidup hanya untuk menunaikan tanggungjawab harian yang perlu dilakukan
Aku rasa jauh..
Tiada lagi kemanisan dalam hidup ini..

Tiba-tiba
Engkau menghujani ku dengan pelbagai ujian
Yang tanpa kujangka ia terjadi pada diriku
Satu per satu
Hingga diri terasa sangat lemah dan tidak berdaya lagi
Saat itu..
Aku jadi dekat dengan-Mu
Setiap solatku ditemani air mata
Hanya Engkau yang menjadi pohon kekuatanku
Tiada manusia yang dapat merasai dan memahami hati ini
Kecuali Engkau Ya Allah
Aku tahu
Aku tidak bersendirian walau aku tercampak keseorangan dalam lautan ujian yang dalam
Kerana ku tahu
Engkau sentiasa bersama hamba-hamba-Mu
Malah sangat dekat
Lebih dekat dari urat leherku

Setiap yang berlaku pasti tersirat hikmah
Walau pada dasar mata kasar ku
Ia sesuatu yang amat sukar untukku terima
Aku yakin
perancanganNya adalah yang terbaik
Dia beri aku kepahitan dan kesakitan di awal perjalanan kehidupanku
Mungkin kerana Dia nak beri sesuatu yang istimewa buatku
Dia bagi kejutan buat diriku
Bila tiba saatnya nanti
Yang penting sekarang adalah SABAR dengan setiap ujian yang Dia bagi,
Ujian tu kan tanda pukulan sayang Dia pada kita
Dia tak nak kita jauh dari Dia
Dia nak kita selalu merintih dan berdoa padaNya
Manusia bila senang memang selalu lupa pada Allah
Bila susah baru nak cari Allah..
Sebab tu Allah akan hadiahkan ujian buat hamba-hamba yang Dia sayang
Supaya hamba-hambaNya tidak terlalu jauh di persimpangan hidup
Terima kasih Allah atas hadiah yang Kau beri padaku
Maafkanku kerana aku pernah tidak suka dengan hadiah yang Kau beri ini
Maafkanku Ya Allah..
Sesungguhnya Aku hamba-Mu yang lemah
Mudah melatah tika ditimpa ujian yang berat
Sekarang aku dapat hikmah di sebalik ujian ini
Aku dapat merasai kembali kemanisan cinta-Mu
Hidupku kini kembali bahagia
Apabila aku semakin dekat pada-Mu
Dan aku sering merindui-Mu..
Perasaan yang pernah hilang suatu ketika dahulu muncul kembali
Alhamdulillah..
Inilah hadiah yang sangat bernilai pada-Ku
Walau di alam nyata aku kehilangan..aku keseorangan..aku ditinggalkan..
Namun, hakikatnya jiwa dipenuhi cinta-Mu
Aku ingin selalu mencintai-Mu ya Rabbi..


Tuesday, May 15, 2012

Sweet Jaulah...


Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah sekian lama diri ini tidak mencoret dalam ruangan dakwah maya  ini..alasan sibuk mungkin sudah tidak relevan lagi untukku berikan,namun ia berpunca dari diri ini yang terkadang tidak efisien dalam menguruskan amanah umur yang Dia berikan padaku..semuanya diberikan 24 jam,tapi sejauh mana seseorang itu benar-benar memanfaatkan waktunya semata-mata untuk mencari redha Ilahi..sama-sama kita muhasabah..

Tujuan coretanku pada kali ini adalah untuk berkongsi tentang perjalanan indah dalam hidupku yang Dia anugerahkan istimewa buatku..

Pada minggu lepas, aku mempunyai beberapa komitmen yang perlu ku penuhi..dan dalam masa yang sama aku terpaksa memilih antara salah satu yang terbaik dan terpaksa mengorbankan salah satu di antara yang terbaik. Memang sukar hakikatnya untuk membuat keputusan lantaran diri ini yang lemah dan hina,tidak tahu apakah yang terbaik buatku. Tapi aku yakin, Dia sentiasa memilih yang terbaik buatku.

Jumaat..aku ditawarkan oleh seorang sahabat untuk menjadi model bagi memperagakan pakaian muslimah di dalam satu program yang sangat menarik dan bermanfaat yang dijalankan oleh Pusat Islam UPSI iaitu program Bicara Wanita yang saban minggu dilakukan pada setiap hari Jumaat yang mulia. Namun pada minggu itu, ia diadakan secara besar-besaran bagi menjalankan kempen Aurat Terjaga Syariat Terpelihara. Apa yang lebih istimewa, program itu menampilkan seorang yang sangat istimewa di hatiku iaitu Ustazah Fatimah Syarha yang semakin terkenal dan mendapat tempat di hati masyarakat yang mendambakan siraman ilmu dan kasih sayang Ilahi. Masih dilema tika itu sama ada ingin memenuhi tawarannya itu atau menolak. Hal ini kerana….

Pada hari sabtu, Program OSC ( One Step Closer) anjuran Pembina Penang telah menjemput wakil dari akhwat UPSI untuk mempromosi UPSI kepada para peserta tersebut. Aku menjadi serba salah untuk menolak pelawaan itu..

Dan dalam masa yang sama, aku diberikan amanah oleh seorang pensyarah untuk mengajar anaknya yang mengalami autisme pada pagi sabtu tersebut…

Mana yang lebih utama????

Confiuse…

Yang mana perlu ku pilih dan yang mana perlu ku tolak??

Setelah memikirkan dengan lebih rasional dan lebih mendalam, aku bertekad dan telah membuat keputusan…

Pagi jumaat itu, aku terus bergerak ke KTMB bagi membeli tiket ke Butterworth..alhamdulillah, masih ada tiket meski agak mahal..ayat-ayat cinta-Nya memberi booster untukku meneruskan tindakan tekadku ini..sebenarnya, pada tika itu aku mengalami sedikit masalah kewangan yang memaksaku untuk sentiasa berjimat-cermat..namun aku yakin dengan janji-Nya, jika kita menolong agama Allah, pasti Dia menolong kita dan meneguhkan kedudukan kita ( 47:7)…

Tawaran untuk menjadi model memperagakan pakaian muslimah terpaksa ku tolak dan memberinya pada mad'u yang sedia untuk menggantiku..alhamdulillah..Dia permudahkan urusanku..terima kasih Allah..

Malam itu,setelah berakhirnya program Bicara Wanita, aku bergegas ke KTMB..tiketku pada pukul 12.30 malam. Agak takut pada mulanya..namun..aku percaya..Dia sentiasa menjaga dan memeliharaku..semasa menunggu aku sempat berkenalan dengan seorang pasangan suami isteri yang masih romantik walau umur mereka agak berusia. Banyak yang aku dapat dari perkenalan itu.

Aku diuji di dalam kereta api. Aku terpaksa duduk di sebelah lelaki. Namun, aku bersyukur sepanjang perjalanan lelaki tersebut sedang lena di ulit mimpi..agak baik nasib ku ketika itu walau diri sendiri  tidak dapat tidur sepanjang perjalanan…huhu

Alhamdulillah..pada pukul 6.30 pagi aku telah selamat sampai ke destinasi. Kaki terus mengorak mencari tempat untuk menunaikan solat Subuh. Ketenangan kurasai saat mendirikan solat Subuh pada pagi itu..sementara menunggu akhwat yang akan mengambil aku, aku sempat menikmati keindahan ciptaan Ilahi yang melahirkan ketenangan dalam hati ini. Segala masalah di medan Perjuangan di UPSI dapat kulupakan seketika..memang aku agak setabut pada minggu itu..alhamdulillah..jaulah ini memberikan aku kebahagiaan meski aku bergerak seorang diri. Kebersamaan Allah sangat kurasakan tika itu..

Setelah selesai program OSC, aku bersama bekas murabbiyah ku 'merempit' ke USM..hehe

Bermulalah jaulah yang manis ini…

Aku bahagia bertemu sahabat seperjuanganku yang lain di bumi USM ini..

Sangat bahagia…nikmat Allah yang sangat bernilai bagiku…ukhuwah kerana Allah…

Kami sempat singgah ke pasar malam..membeli makanan cita rasa hati..

Makan bersama sahabat-sahabat di sana sangat nikmat ku rasa meski makanan yang dibeli tidak sebanyak mana, namun sangat membuatkan kami kekenyangan..kekenyangan kasih sayang…<3

Esoknya, mereka mengadakan riadah..meski hujan agak renyai, namun perjuangan harus diteruskan..huhu..

Aktiviti yang tidak dapat saya lupakan adalah bermain bowling kelapa di cafeteria..pertama kali seumur hidup..meski hanya dapat menjatuhkan satu botol air sahaja..hehe

Dan bermain badminton di café…agak kelakar..tapi sangat enjoy…

Aktiviti terakhir sangat menggamit memori…kotak beracun..nasib saya agak baik..tidak terkena task walau terkena kotak beracun itu..hehe

Manisnya saat itu..sesungguhnya ia telah membuatkan hatiku ini berbunga-bunga…bersama sahabat-sahabat yang sangat ceria dan comel…rindu sangat untuk bersama dengan mereka lagi pada masa akan datang…Ya Allah..pertemukan kami lagi di sana…

Apa yang agak menarik di sini, Allah mempertemukan saya dengan seorang sahabat alam maya di facebook yang tidak pernah saya kenali sebelum ini…tidak sangka..sangat cantik urusan-Nya…

Hah Qunis…

Pernah menjadi persoalan di minda dan di hati ini siapakah gerangannya pemilik nama tersebut..

Akhirnya..Dia menjawab persoalanku ini melalui jaulahku ini..

Indahnya ukhuwah bila ia kerana Allah..


 Mereka yang ceria...

Mereka yang comel



Kita merancang..dan Dia juga merancang..

Sesungguhnya…perancanganNya is the best..

Yakinlah…

Monday, April 9, 2012

I LOVE U SO.....




I Love You My God
I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew how amazing feels to love you
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah, I'm forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so


My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for you [X2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for you

Thursday, March 29, 2012

Tanda-tanda Kasih Sayang Allah..


  1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di Darul salam. Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutunya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanah airnya menuju kediaman kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: " Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya".

  1.  Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menurut kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub  kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah seperti mana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan satu ithar. Firman Allah, ertinya: " Mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutamakan  ( yang lain) berbanding dirinya sekalipun mereka pun  mempunyai keperluan tersendiri.

  1. Tenggelam dalam zikrullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh sebab itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya ( zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

  1. Kegembiraan dengan berkhalwat dengan Allah,munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebih baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya??

  1. Tidak bersedih di atas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

  1. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa  keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: " Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akanlemah".

  1. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah yang bermaksud : " Orang-orang yang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka". Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih kepada kemurkaan Allah.

  1. Kasihnya itu disertai takut di bawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dasyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: " Hud telah memutihkan kepalaku". Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengan potongan ayat. Ertinya: Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaum tsamud."

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.

Saudaraku….adakah anda ingin menggapai cinta Allah??

Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardu dan tambahkan dengan bekalan-bekalan sunat..ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w….jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain. ..sertai mereka dalam kehidupan mereka…ziarahi mereka…belanjakan untuk mereka…berikan khidmat untuk mereka…isikanlah hajat dan keperluan mereka…masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.

Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu…..

Salam mujahadah dariku untuk menggapai cinta Allah..

Dipetik dari Majalah Mihwar..Rujukan Generasi Pewaris...