Friday, February 25, 2011

..Hadapilah segalanya..

hidup ini memang sesuatu yang unik..
kadang kita bahagia..
kadang kita derita..
kadang kita gembira..
kadang kita sedih..
kadang kita lapang..
kadang kita kesempitan..
itulah rencah kehidupan..
perlu ada manis,pahit,masam dan masin..
untuk menjadikan kehidupan yang sedap..
tanpa duka,kita tidak akan merasai nikmatnya gembira..
tanpa kesusahan, kita tidak tidak akan merasai seronoknya kesenangan itu..
segalanya adalah untuk kita lebih menghargai..
segala nikmat kurniaanNya..
agar kita lebih bersyukur..
dan sentiasa menjadi hambaNya yang bertaqwa..
segala yang terjadi adalah ketentuan yang Esa..
kita hanya mampu berusaha..
tapi segala urusan itu adalah milikNya..
Dia berhak melakukan apa sahaja..
kerna Dia adalah tuhan kita..
Pencipta kita..
Kita hanyalah hambaNya..
perlu menghadapi segala ketentuanNya dengan redha..
yakinlah..
Dia sentiasa aturkan yang terbaik buat hamba-hambaNya..
jadi..hadapilah hidup ini dengan penuh ketenangan berbekalkan iman di dada..
pasti hidupmu akan bahagia..
didunia jua diakhirat..
kebahgiaan yang hakiki adalah kebahagiaan diakhirat sana..
jangan kau gundah andai kau sengsara di dunia ini..
kerna ia hanyalah sementara..
tempat untuk manusia di uji..
hidup bererti andai segalanya kerna Ilahi..

Tuesday, February 8, 2011

Hanya Untuk Allah..

Jika seorang hamba dipagi dan dipetangnya tidak mempunyai keinginan apapun kecuali Allah semata mata. Maka Allah akan menyempurnakan seluruh keperluannya. Allah akan memberi semua yang menjadi keinginannya. Mengosongkan hatinya dari cinta kepada manusia kepada cinta kepadaNya hingga menjadikan lisannya sentiasa berzikir kepadaNya. menjadikan anggotanya taat kepadaNya tetapi jika kita dipagi dan petangnya hanya tergantung keinginan kepada dunia maka Allah akan membebankan kita pada semua keinginan kita. Allah akan meninggalkan kita dan menjadikan  hati kita sibuk dari ketaatan kepadaNya mengabdikan diri pada kerja dan manusia sesama kita. ingatlah jika setiap orang yang mengabaikan penghambaan diri pada Allah pasti dia diuji dengan penghambaan pada sesama makhluk lantas dia mencintai makhluk itu dan mengabdikan diri padanya!
( Ibnu Qayyim )

Pidato Kegemilangan Melaka




Wahai Pemuda

Bangkitlah wahai pemuda.. 




Duhai Sahabat...

Duhai sahabat..sedarkah kalian kita hakikatnya adalah umat akhir zaman. Kita berada dalam era penghujung dunia. Keadaan dunia yang semakin nazak dan tenat. Lihatlah kejadian yang berlaku pada hari ini. Gempa bumi, banjir, ribut,tanah runtuh,tsunami,letusan gunung berapi  dan sebagainya adalah bukti bumi semakin tua dan hanya menanti ditamatkan riwayatnya. Ini menunjukkan kiamat hampir tiba. Didalam firman Allah yang bermaksud: “ Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang manusia dalam keadaan lalai dengan dunia, berpaling dari akhirat”(Al-anbiya’:21). Begitulah peringatan Allah dalam surat cintaNya buat manusia. Betapa kiamat sudah sangat dekat, tapi manusia masih lagi alpa mengejar dunia tanpa mempedulikan peringatan-peringatan Allah kepada hamba-hambaNya melalui kejadian-kejadian yang berlaku pada hari ini yang menunjukkan kekuasaan Allah. Betapa pengasihnya Allah yang masih lagi memberi peluang buat hamba-hambaNya yang tersasar dari landasan hidup yang sebenar untuk kembali kepadaNya, kembali ke pangkuan hadrat Ilahi, kembali ke jalan hidup yang benar. Allah masih lagi membuka pintu taubat buat hamba-hambaNya yang sedar akan hakikat hidup ini. Manusia di cipta bukanlah hanya untuk berseronok-seronok sahaja dimuka bumi ini dan sia-sia (21:16), tetapi ada tujuannya tersendiri. Iaitu sebagai hamba Allah (51:56)  dan sebagai khalifah dimuka bumi ini (2:30). Ramai manusia yang terkadang terlupa hakikat penciptaannya dimuka bumi, meski hakikatnya manusialah makhluk ciptaan Allah yang terbaik (95:4)  yang dikurniakan akal untuk berfikir. Manusia diberi dua pilihan. Sama ada untuk memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan (91:8). Oleh itu, gunalah akal kurniaan Allah ini untuk berfikir dan merenungi tujuan hidup kita dimuka bumi ini.        
               Sahabatku..hargailah nikmat kehidupan didunia yana sesaat cuma ini. Gunakanlah ia sebaiknya untuk mengumpul bekalan untuk kehidupan yang abadi di akhirat sana. Hidup kita disini adalah sebagai seorang musafir yang perlu membawa bekalan yang cukup untuk sampai kedestinasi yang sebenar.  Janganlah kita mudah terpesona dengan keindahan dunia yang fana ini (20:131). Sesungguhnya kehidupan disana lebih indah dan penuh dengan kenikmatan yang tidak terjangkau dek akal fikiran. Janganlah dikorbankan hidup ini hanya untuk kesenangan yang sementara, tapi manfaatkanlah hidup ini dengan sebaiknya untuk kehidupan yang kekal abadi. Renung-renungkan dan selamat beramal. Teruskan langkahmu mencari redha Ilahi.


Friday, January 21, 2011

Aku Hanya HambaMu

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
sudah sekian lama tidak mencurahkan isi hatiku disarang blog ku ini..mungkin kerna hambatan yang terlalu banyak serta tanggungjawab yang semakin berat yang harus kupikul..semakin hari, tanggungjawab ku semakin banyak..sehingga kadang-kadang tidak dapat kulaksanakan amanahku dengan baik..maafkan ku Ya Allah..aku hanya lah hambaMu yang penuh kelemahan dan kekurangan..aku hanya hambaMu Ya Allah..Engkaulah Yang Maha Hebat dan Berkuasa..yang bisa melakukan apa sahaja..yang berkuasa di atas segala-galanya..yang mengatur perjalanan hamba-hambaMu..yang menentukan segala-galanya..namun kadang-kadang ku merungut di atas ujianMu..maafkanku yang Ilahi..aku hanya hambaMu..memang pantas dan layak untuk diuji..siapalah aku ini..Ya Allah..ampunilah diri ini..aku sedari, hidup didunia ini adalah untuk diuji..dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir..selagi hidup, selagi itulah ujian itu harus dihadapi..dengan penuh kesabaran agar pahala yang dijanjikan bagi orang-orang yang bersabar dapat diraih..hari ini, kurasakan ujian yang menimpaku bertalu-talu..hati ini ingin menangis..ingin melepaskan semuanya..Ya Allah..kuatkanlah aku menghadapinya..cubaan yang Kau berikan kurasakan agar berat buatku..tapi aku yakin..Kau tidak akan menguji hamba-hambaMu di luar batas kemampuannya..didalam firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud : " Allah tidak akan mambebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakan dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.." sejenak ku berfikir..mungkin ujian yang bertimpa-timpa ini sebagai kifarah dosa-dosa yang telah kulakukan selama ini..biarlah ku diuji didunia ini..asal ku tidak disikda diakhirat sana yang lebih pedih dan berat siksaannya..

Monday, August 16, 2010

Aku Ingin Menjadi Penulis

Ya Allah, Ya Rabbi..
bantulah aku untuk menjadi seorang penulis
aku bukanlah insan yang hebat dalam berkata-kata
aku juga kurang keyakinan dalam menyampaikan
tapi..aku teringat di dalam hadis rasulullah..
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"
tapi..aku..??
apa yang telah aku lakukan..
setiap minggu aku dihidangkan dengan makanan rohani dari murabbiyahku..
tiap minggu juga aku diingatkan untuk menyampaikan..
tiap ilmu dan tarbiyah yang aku peroleh selama ini..
tapi ilmu yang aku perolehi selama ini hanyalah tersemat kemas di dalam dadaku ini..
 setiap minggu aku sering mengajak mad'u ku
untuk bersama-sama berkongsi ilmu yang ku perolehi selama ini..
namun..
sambutannya agak hambar..
ramai yang sibuk dengan urusan masing-masing..
tatkala aku sibuk, mereka tidak, dan begitulah sebalik
kadang-kadang timbul jenuh di dalam hati ini
ya Allah..maafkanlah hambamu ini..
baru sedikit ujian yang kau berikan, tapi kadang aku seringkali merungut..
tapi..aku ingin menyampaikan..
kerana aku tahu itu tanggungjawab aku sebagai seorang Islam..
setiap yang bergelar muslim wajib berdakwah dan menyampaikan..
jadi..
saat ini..
aku akan mencuba menggunakan kaedah lain dalam berdakwah..
aku akan cuba belajar menyampaikan melalui penulisan walau hakikatnya ilmu di dada ini cumalah sekelumit..
sesungguhnya dakwah tidak memerlukan aku..tapi aku lah yang memerlukan dakwah itu..
aku ingin pahala ku berkekalan walaupun jasadku tiada lagi di muka bumi ini..
ya Allah..perkenankanlah permintaan hambamu ini..
hanya rahmat dan kasih sayangMu yang ku harapkan..
bantulah aku untuk menjadi seorang penulis suatu hari nanti..
aminnn..