Saturday, September 1, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Duhai Ramadan
Duhai
ramadan
Hadirmu
membawa seribu rahmat
Hadirmu
membawa kebahagiaan buat diriku
Hadirmu
menyinari hatiku yang gersang ini
Duhai
Ramadan
Jika
diizinkan, ingin aku selamanya bersamamu
Setiap
detik bersamamu sangat bermakna dalam hidupku
Aku
semakin tenang dengan kehadiranmu
Duhai
Ramadan
Engkau
adalah utusan Ilahi
Buat
hamba-hamba-Nya
Engkau
adalah hadiah berharga buat kami
Duhai
Ramadan
Engkau adalah tetamu agung kami
Hadir mu
sentiasa dinanti
Oleh hati
orang-orang mukmin
Yang
mendamba cinta Ilahi
Namun
begitu,
Tidak
ramai yang menghargai kehadiranmu
Tidak
ramai yang menyambut kedatanganmu
Tidak
ramai yang benar-benar bersyukur dengan kehadiranmu
Tidak
ramai yang menyedari kebaikan dalam dirimu
Tidak
ramai yang merasai rahmat kehadiranmu
Tidak
ramai yang sedih dengan pemergianmu
Mungkin
kerana keindahan dunia yang palsu telah memukau mata
Mungkin
kerana mereka tidak menyedari hakikat di sebalik penciptaan diri
Mungkin
kerana mereka masih tidak terjaga dari lena yang panjang
Mungkin
mereka masih enak di buai mimpi-mimpi indah
Duhai
ramadan
Apakah
ini kali terakhir aku bersamamu?
Apakah
aku berpeluang bertemu mu lagi pada masa akan datang?
Sesungguhnya
aku tidak tahu tentang itu
Hanya Dia
yang mengetahui
Namun
jauh di sudut hati ini
Ingin
sekali aku bertemu Dia pada saat kehadiranmu ini
Kerana
dengan kehadiranmu
Dibukakan
pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka
Sesungguhnya..
Cita-cita
tertinggi ku adalah dapat bertemu Dia dalam keadaan yang diredhai
Dan
membawa sekeping hati yang sejahtera
Hanya itu
cita tertinggiku
Ya
Allah..
Perkenankanlah
permintaan hambamu ini..
Tuesday, July 17, 2012
Saturday, July 14, 2012
Terasa Semakin Dekat Saat Itu....
Hidup ini
hanyalah sebuah perjalanan menuju Ilahi
Bukan
hanya untuk melakukan sesuka hati
Bila tiba
saatnya, kita akan disoal kembali
Apa yang
telah dilakukan tika di bumi
Hari-hari
ku kini
Sentiasa
dibayangi saat itu..
Bagaimanakah
keadaanku?
Adakah
dimurkai atau dirahmati?
Hanya Dia
yang mengetahui
Apa yang
mampu ku lakukan saat ini adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu
Ku
lihat..banyak manusia yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk
menyempurnakan tuntutan-tuntutan dunia yang sememangnya tidak akan pernah
berhenti
Yang
tiada berpenghujung
Mereka
terlalu risau tentang urusan dunia mereka sehingga terkadang mengabaikan
tuntutan Ilahi
Aku juga
begitu kadang-kadang kerana aku hanya manusia yang selalu leka dan alpa apabila
tidak diberi peringatan..maafkan ku ya Rabbi..
Namun..
Sejauh
manakah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk kehidupan yang hakiki..
Kita
lebih mengejar duniawi yang bersifat
sementara ini
Berbanding
kehidupan kita di akhirat sana..
Kadang-kadang
kita terlupa yang Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila sahaja
Tiada
tarikh atau masa yang ditetapkan buat kita
Tapi,
kita lupa untuk membuat persediaan untuk menghadapi saat itu..
Mungkin
kita merasakan bahawa saat itu masih jauh dari kita
Mungkin
kerana kita diberi nikmat kesihatan yang baik yang menyebabkan kita merasa
bahawa hidup kita di dunia masih panjang dan kita masih ada waktu untuk membuat
persiapan menghadapi saat itu..
Namun,
bagi mereka yang diuji dengan masalah kesihatan, yang boleh membawa kematian,
bagi ku ia adalah sesuatu yang baik. Hal ini kerana, mereka akan fokuskan
kehidupan mereka untuk kehidupan di sana. Saat itu akan sentiasa terbayang di
fikiran. Dan ia akan memberi dorongan untuk terus istiqamah di dalam membuat
persiapan menghadapi saat itu.
Terasa
saat itu semakin mendekat
Moga aku
tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beriman..
Amin..
Sunday, July 8, 2012
Hadiah Istimewa Dari Dia
Ya
Allah..
Jiwa ini
hampa tika aku jauh dari-Mu
Hidup
terasa kosong
Tiada
makna..
Hidup
hanya untuk menunaikan tanggungjawab harian yang perlu dilakukan
Aku rasa
jauh..
Tiada
lagi kemanisan dalam hidup ini..
Tiba-tiba
Engkau
menghujani ku dengan pelbagai ujian
Yang
tanpa kujangka ia terjadi pada diriku
Satu per
satu
Hingga
diri terasa sangat lemah dan tidak berdaya lagi
Saat
itu..
Aku jadi
dekat dengan-Mu
Setiap
solatku ditemani air mata
Hanya
Engkau yang menjadi pohon kekuatanku
Tiada
manusia yang dapat merasai dan memahami hati ini
Kecuali
Engkau Ya Allah
Aku tahu
Aku tidak
bersendirian walau aku tercampak keseorangan dalam lautan ujian yang dalam
Kerana ku
tahu
Engkau
sentiasa bersama hamba-hamba-Mu
Malah
sangat dekat
Lebih
dekat dari urat leherku
Setiap
yang berlaku pasti tersirat hikmah
Walau
pada dasar mata kasar ku
Ia
sesuatu yang amat sukar untukku terima
Aku yakin
perancanganNya
adalah yang terbaik
Dia beri
aku kepahitan dan kesakitan di awal perjalanan kehidupanku
Mungkin
kerana Dia nak beri sesuatu yang istimewa buatku
Dia bagi
kejutan buat diriku
Bila tiba
saatnya nanti
Yang
penting sekarang adalah SABAR dengan setiap ujian yang Dia bagi,
Ujian tu
kan tanda pukulan sayang Dia pada kita
Dia tak
nak kita jauh dari Dia
Dia nak
kita selalu merintih dan berdoa padaNya
Manusia
bila senang memang selalu lupa pada Allah
Bila
susah baru nak cari Allah..
Sebab tu
Allah akan hadiahkan ujian buat hamba-hamba yang Dia sayang
Supaya
hamba-hambaNya tidak terlalu jauh di persimpangan hidup
Terima
kasih Allah atas hadiah yang Kau beri padaku
Maafkanku
kerana aku pernah tidak suka dengan hadiah yang Kau beri ini
Maafkanku
Ya Allah..
Sesungguhnya
Aku hamba-Mu yang lemah
Mudah
melatah tika ditimpa ujian yang berat
Sekarang
aku dapat hikmah di sebalik ujian ini
Aku dapat
merasai kembali kemanisan cinta-Mu
Hidupku
kini kembali bahagia
Apabila
aku semakin dekat pada-Mu
Dan aku
sering merindui-Mu..
Perasaan
yang pernah hilang suatu ketika dahulu muncul kembali
Alhamdulillah..
Inilah
hadiah yang sangat bernilai pada-Ku
Walau di
alam nyata aku kehilangan..aku keseorangan..aku ditinggalkan..
Namun,
hakikatnya jiwa dipenuhi cinta-Mu
Aku ingin
selalu mencintai-Mu ya Rabbi..
Tuesday, May 15, 2012
Sweet Jaulah...
Bismillah..
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sudah
sekian lama diri ini tidak mencoret dalam ruangan dakwah maya ini..alasan sibuk mungkin sudah tidak relevan
lagi untukku berikan,namun ia berpunca dari diri ini yang terkadang tidak
efisien dalam menguruskan amanah umur yang Dia berikan padaku..semuanya
diberikan 24 jam,tapi sejauh mana seseorang itu benar-benar memanfaatkan
waktunya semata-mata untuk mencari redha Ilahi..sama-sama kita muhasabah..
Tujuan
coretanku pada kali ini adalah untuk berkongsi tentang perjalanan indah dalam
hidupku yang Dia anugerahkan istimewa buatku..
Pada
minggu lepas, aku mempunyai beberapa komitmen yang perlu ku penuhi..dan dalam
masa yang sama aku terpaksa memilih antara salah satu yang terbaik dan terpaksa
mengorbankan salah satu di antara yang terbaik. Memang sukar hakikatnya untuk
membuat keputusan lantaran diri ini yang lemah dan hina,tidak tahu apakah yang
terbaik buatku. Tapi aku yakin, Dia sentiasa memilih yang terbaik buatku.
Jumaat..aku
ditawarkan oleh seorang sahabat untuk menjadi model bagi memperagakan pakaian
muslimah di dalam satu program yang sangat menarik dan bermanfaat yang
dijalankan oleh Pusat Islam UPSI iaitu program Bicara Wanita yang saban minggu
dilakukan pada setiap hari Jumaat yang mulia. Namun pada minggu itu, ia
diadakan secara besar-besaran bagi menjalankan kempen Aurat Terjaga Syariat
Terpelihara. Apa yang lebih istimewa, program itu menampilkan seorang yang
sangat istimewa di hatiku iaitu Ustazah Fatimah Syarha yang semakin terkenal
dan mendapat tempat di hati masyarakat yang mendambakan siraman ilmu dan kasih
sayang Ilahi. Masih dilema tika itu sama ada ingin memenuhi tawarannya itu atau
menolak. Hal ini kerana….
Pada hari
sabtu, Program OSC ( One Step Closer) anjuran Pembina Penang telah menjemput
wakil dari akhwat UPSI untuk mempromosi UPSI kepada para peserta tersebut. Aku menjadi serba salah untuk menolak pelawaan itu..
Dan dalam
masa yang sama, aku diberikan amanah oleh seorang pensyarah untuk mengajar
anaknya yang mengalami autisme pada pagi sabtu tersebut…
Mana yang
lebih utama????
Confiuse…
Yang mana
perlu ku pilih dan yang mana perlu ku tolak??
Setelah
memikirkan dengan lebih rasional dan lebih mendalam, aku bertekad dan telah
membuat keputusan…
Pagi
jumaat itu, aku terus bergerak ke KTMB bagi membeli tiket ke
Butterworth..alhamdulillah, masih ada tiket meski agak mahal..ayat-ayat
cinta-Nya memberi booster untukku meneruskan tindakan tekadku ini..sebenarnya,
pada tika itu aku mengalami sedikit masalah kewangan yang memaksaku untuk
sentiasa berjimat-cermat..namun aku yakin dengan janji-Nya, jika kita menolong
agama Allah, pasti Dia menolong kita dan meneguhkan kedudukan kita ( 47:7)…
Tawaran
untuk menjadi model memperagakan pakaian muslimah terpaksa ku tolak dan
memberinya pada mad'u yang sedia untuk menggantiku..alhamdulillah..Dia
permudahkan urusanku..terima kasih Allah..
Malam
itu,setelah berakhirnya program Bicara Wanita, aku bergegas ke KTMB..tiketku
pada pukul 12.30 malam. Agak takut pada mulanya..namun..aku percaya..Dia
sentiasa menjaga dan memeliharaku..semasa menunggu aku sempat berkenalan dengan
seorang pasangan suami isteri yang masih romantik walau umur mereka agak
berusia. Banyak yang aku dapat dari perkenalan itu.
Aku diuji
di dalam kereta api. Aku terpaksa duduk di sebelah lelaki. Namun, aku bersyukur
sepanjang perjalanan lelaki tersebut sedang lena di ulit mimpi..agak baik nasib
ku ketika itu walau diri sendiri tidak
dapat tidur sepanjang perjalanan…huhu
Alhamdulillah..pada
pukul 6.30 pagi aku telah selamat sampai ke destinasi. Kaki terus mengorak
mencari tempat untuk menunaikan solat Subuh. Ketenangan kurasai saat mendirikan
solat Subuh pada pagi itu..sementara menunggu akhwat yang akan mengambil aku, aku
sempat menikmati keindahan ciptaan Ilahi yang melahirkan ketenangan dalam hati
ini. Segala masalah di medan Perjuangan di UPSI dapat kulupakan
seketika..memang aku agak setabut pada minggu itu..alhamdulillah..jaulah ini
memberikan aku kebahagiaan meski aku bergerak seorang diri. Kebersamaan Allah
sangat kurasakan tika itu..
Setelah
selesai program OSC, aku bersama bekas murabbiyah ku 'merempit' ke USM..hehe
Bermulalah
jaulah yang manis ini…
Aku
bahagia bertemu sahabat seperjuanganku yang lain di bumi USM ini..
Sangat
bahagia…nikmat Allah yang sangat bernilai bagiku…ukhuwah kerana Allah…
Kami
sempat singgah ke pasar malam..membeli makanan cita rasa hati..
Makan
bersama sahabat-sahabat di sana sangat nikmat ku rasa meski makanan yang dibeli
tidak sebanyak mana, namun sangat membuatkan kami kekenyangan..kekenyangan
kasih sayang…<3
Esoknya,
mereka mengadakan riadah..meski hujan agak renyai, namun perjuangan harus
diteruskan..huhu..
Aktiviti
yang tidak dapat saya lupakan adalah bermain bowling kelapa di
cafeteria..pertama kali seumur hidup..meski hanya dapat menjatuhkan satu botol
air sahaja..hehe
Dan
bermain badminton di café…agak kelakar..tapi sangat enjoy…
Aktiviti
terakhir sangat menggamit memori…kotak beracun..nasib saya agak baik..tidak
terkena task walau terkena kotak beracun itu..hehe
Manisnya
saat itu..sesungguhnya ia telah membuatkan hatiku ini berbunga-bunga…bersama
sahabat-sahabat yang sangat ceria dan comel…rindu sangat untuk bersama dengan
mereka lagi pada masa akan datang…Ya Allah..pertemukan kami lagi di sana…
Apa yang
agak menarik di sini, Allah mempertemukan saya dengan seorang sahabat alam maya
di facebook yang tidak pernah saya kenali sebelum ini…tidak sangka..sangat
cantik urusan-Nya…
Hah
Qunis…
Pernah
menjadi persoalan di minda dan di hati ini siapakah gerangannya pemilik nama
tersebut..
Akhirnya..Dia
menjawab persoalanku ini melalui jaulahku ini..
Mereka yang ceria...
Mereka yang comel
Kita merancang..dan Dia juga merancang..
Sesungguhnya…perancanganNya
is the best..
Yakinlah…
Monday, April 9, 2012
I LOVE U SO.....
I Love You My God
I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew how amazing feels to love you
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong
O Allah, I'm forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for you [X2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for you
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


